Saturday, August 14, 2010

mata tengah tahan mengantuk

1 catatan kumbang lain
dah siap buat kerja PBL... legaa rasanya, walopun x baca pun lagi.. sekurang2nya bahan2 tu dah dicari... dan dikumpulkan... nak print je lagi..tggu kedai fotostat tu bukak jaa esok..

weekend ni semua orang nak balik rumah... yaa lah.. nak bersahur berbuka dengan family... terasa homesick pulak dibuatnya... roomate balik, ex-roomate balik, kawan sarawak celop pun balik jugak.. aku pun nak balik jugak... bukankah best kalau bapak aku betul-betul Dato'., dah lama aku minx beli tiket balik sarawak.. balik 3 hari je pun oke lah... like what i did msa aku 1st year.. uhuh..

ni post paling pendek yang pernah aku buat... kenapa aku buat pendek? sebab, tajuk post ni pun dah mengantuk, belom lagi isi nya.. hahaaha (tak lawak oke)...

dah, selamat berpuasa, dan selamat berhujung mingu

Monday, August 09, 2010

ramadhan tiba lagi

10 catatan kumbang lain






Sabda Rasulullah saw.:

"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."







"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"



"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."





teringat masa kecik-kecik dulu. kalau sambut ramadhan aje, mesti rasa x best. sebab kena puasa. padahal puasa setengah hari je pun. haha.. aku lupa, bila entah aku start puasa penuh sebulan. tu pun sebab dah malu, mana tak nya, cousin-cousin yang lebih kecik pun puasa, aku yang lagi tua boleh pulak sedap-sedap makan depan diorg. bila dah tahu segan tu baru laa mula nak berpuasa.

dulu, time dah berjinak2 berpuasa, waktu pagi, semangat je berlari-lari, main keliling rumah. Bajet power lah walopun berpuasa tapi boleh berlari penuh bertenaga. yeah!!.. huh...Bila dah tengah hari, belom zohor lagi, aku nun dipenjuru, baring atas lantai sambil tengok jam, siap buat kira-kira, bila lah nak pukul 6. (kat sarawak, berbuka jam 6 ptg tu memang stended laaa)

bila bapak aku bwk pergi bazaar...huh!!.. semua makanan nampak sedap. air mineral dalam botol pun sedap. semuaaa ditunjuk nak beli. air minoman nak nak 2-3 jenis. kuih-muih, mee, ayam panggang, ayam goreng... semua diangkut bawak masok kereta... muka hepi jew..

meja makan yang memang sangat besar pun tetiba jadik kecik, sebab penuh, siap buat meja extra lagi... haha.. pastu memang confirm lah tak abes. abang-abang aku lah yang kuat makan (ceh~..ahaha nak salah kan orang pulak kan..)... parents aku tak bising pulak ktrog melahap camtu sekali, yee lah, siapa x hepi tgk anak2 mula nak belajar berpuasa kan..

aku lupa bila entah perkara ini semua berhenti. sejak aku masok sekolah asrama kot. but macam loooong before that... entah ahh lantak lah...
semua hanya tinggal memori..


Selamat Menyambut Ramadhan semua.









p/s: i bet, mesti ramai yang tengah fikir, "bila nak shopping raya ni?"... kan kan kan...
aku?? xdak mood nak shopping. last year shopping raya dgn abg sabri. tahun ni... dia dh jauh..


Friday, August 06, 2010

week no.4

8 catatan kumbang lain
bila laahh aku nak konvo... jeles jugak tengok orang pakai jubah dan menjinjing bunga didada (menanges cekgu BM aku baca ayat ni...)... tengok senior2 yg dah grad tadi, muka berseri-seri je naik faculty dengan jubahnya... terbuat photoshop sendiri pulak, tengok org pakai jubah, ubah muka org tu jadik muka sendiri...pastu gelak sorg2... *tepuk dahi sendiri* aku baru 2nd year oke, jangan nak berangan...







isnin dimula dengan perkara biasa, kuliah.. petang tu ada kelas CP.cils (nama panjang beliau : clinicopathological Correlation interactive learning session).. the first CP.cils class... What is CP.cils?? ----> daripada nama panjang tu pun korang dah boleh agak kelas ni macam mana. (p/s: Pathology is a study of diseases). masa kelas tu ktorg dibagi satu clinical case, and few questions that we expect to answer within 1hour... 1 jam tu, ktorg pergi lab, tengok microscope, tanya lecturer, bukak buku, diskus, cuba jawab soalan2 tu.... after one hour dh over, ktorg akan kumpul kat lecture hall, then the leturer will point someone to present the answer in front of the whole class... layu kaki ni nak berdiri depan 206 orang... haha.. thats how CP.cils class is conducted.. aku sebagai student yang rajin dan berdedikasi serta berintegriti dan bermatlamat mahupun berautoriti, memang prepare for the class the night before.. ye lah kan, cuak jugak kalau kene pilih present, malu lah kalau x tahu apa... kalau bodoh pun, bukan didepan 206orang oke.. haha... prepare sampai pukol 2 pagi, pukol 3 baru nak tidor... (erk, ye lah, sebab dari pukol 9pm dan berjam-jam seterusnya makan kat kafe 1st kann)... esoknya... lecturer x point sapa-sapa pun untuk jawab... dia yang suap satu2 jawapan... huhh (~~.) 

one of the case in CP.cils is about a 25yo male, drunk, then crashed into lampost, eventually died. together with the case we're given a picture of a liver cells of him, stain with H&E staining. the question asked is how the liver look like grossly? what type of cell injury? reversible or not? and what can we observed from the slides...  








for tuesday, i call it a parasite day. sebab kitorg ada practical class petang tu.. hah.. buat apa lagi, tengok parasite lah.. Hari tu buat tentang malaria. Malaria ni kalo nak cek someone tu positive for Malaria parasites kena buat blood smear (one of the diagostic test).. amik slide darah yang dah diprepare oleh lab assistant, apa yang kitorg buat is just staining, then tengok under microscope, pastu identified, darah tu ada malaria parasite jenis apa... parasite tht cn cause malaria semua ada 4 - plasmodium vivax, P. malariae, P. ovale, P. falciparum...the one yang aku jumpa is falciparum, sebab sel darah merah dah berubah bentuk jadi kebanyakkannya jadik bentuk tombol pintu.. lepas buat2 tu, disambung dengan tutorial, dapat chinese lect yang sangat baik... and he explain very well... aku mmg dah prepare utk kelas ni... jadi, apa bnda yg dia explain tu, boleh lah dihadam...

malaria ni normal berlaku kat kawasan-kawasan tropika, malaysia termasuklah. especially Sabah Sarawak.. 







for wednesday, of koz setiap pagi memang akan ada lecture. belah petang pulak ada practical class. Medical Microbiology. topik hari tu, Streptococcus, and Staphylococcus.. buat gram staining.. pastu identification tests, nak tau bacteria ni belong to what group. masih lagi menggunakan microscope... sometime pening gak kepala nak teropong guna benda alah tu..haha
lecturer MMB yang jaga aku masa tu sangat tegas, an indian lect. takot jugak dibuatnya. dua benda yang aku nak cerita kat sini... dengar :-

1. masa mula-mula masuk kelas tu.... first word yang dia cakap... "please next time, you come to practical class, follow your dress code, with a lab coat, and neck tie like him"... dia tunjuk aku.. terharu~~,

2. budak-budak perempuan malay pakai baju kurung masuk lab, biasalah kan. diorg pakai lab coat yang lengan pendek. memang supplier bagi lengan pendek nak buat camna. then dia suruh lipat lengan tu takot kena bunsen burner ke apa kan, even yang sarung yang cover lengan pun dia nak suruh lupat jugak (aku tak tahu apa nama sarung tu, tapi most girls malay selalu pakai sarung tutup lengan tu time pakai T-shirt lengan pendek)... budak-budak perempuan tu cakap lah tak boleh, aurat semua kan... then dia pulak sound "i dont care about your personal believe, but when it come to safety bla bla bla".... agak betol apa yg lecturer tu cakap...safety shud be the first priority in lab practicals.. tapi aurat???...huh, tiba-tiba rasa jahil pulak..








thursday... malam tu aku gi Mock tial... ye lah minggu ni minggu konvokesyen kat UM... jadi fakulti undang-undang memang akan buat satu show perbicaraan mahkamah dekat dewan kuliah diorg LIVE oke... tapi perbicaraan tu bukan betol-betol, diorg reka sendiri kes tersebut, then diorg buat perbicaraan, and add some humor, gelak-gelak sampai nak terkeluar usus dari pusat... 830pm sampai 1130pm, penat giler, and haus, and lapar... sampai tak larat dah nak gelak...























...dah, penat, stamina untuk menaip dah makin lemah...