Wednesday, June 29, 2011

cuti minggu ke-7

3 catatan kumbang lain
dari minggu lepas aku tak post apa2 kat blog psipum.
baru teringat.
and rasa bersalah pulak dah.
ok2. aku buat...


dalam satu minggu lebih lagi start clinical.
rasa ada rama-rama dalam perut dah sekarang.
excited. risau


excited sebab ye la, dah half-way thru da nak ke finishing line jadi doc!!
excited jugak sebab nak belajar benda2 baru. gi ward. tengok patient.


excited tak banyak pun. Aku lebih risau daripada excited.
risau,
risau kalau-kalau aku terlalu bodoh untuk jawab soalan2 doc masa ward-round.
ward-round takpa lagi, kalau exam pun tetiba aku gelabah tak tentu pasal, terus lupa itu, lupa ini... risau ni ja..
Pasal studi-muddy semua ni insyaAllah, boleh lah kot.
tapi nak berdepan dengan doctor ni la satu yg paling aku risau.
bagi nasihat kat aku sikit. banyak pun takpa... Entah aku Penakut sangat. Risau tak tentu pasal.



tak sangka. Alhamdulillah. Lepas jugak 2 tahun pertama ni.
cuma tinggal 3 tahun lagi.
Aku yakin, semua kawan-kawan aku, or siapa2 je la yg dah sampai ketahap ni, kalau boleh nak go thru 3 tahun ni smoothly. x nak sangkut2. x nak extend2.
Bila aku tengok senior2 yang atas, ramai yang sangkut-sangkut. terfikir jugak, macamana lah aku nanti.
sometimes, bila dengar result senior teruk. boleh buat moral down jugak taw.
tapi yang bagus ny buat kita lebih prepare la, and tak ambil lewa bila da nak exam.



this post has no proper ending
full-stop







.....

Wednesday, June 22, 2011

going back to UM..

3 catatan kumbang lain
sekarang dah pukul 0100
mata tak ngantuk pun lagi. barang dah siap dipack kemas dalam beg.
esok pagi dah boleh terus g airport je.

kenapa aku balik UM?
ye la, aku ada presentation elective project on friday.
kerja tu dah lama siap. just last few weeks ada few correction yang nak kena buat.
thanks Aini, JO, cady, dan Jem. sebab settlekan semua tanpa aku.
rasa bersalah pulak, bahagian correction tu semua korang je yg buat.
jangan salahkan aku.
salah kan laut china selatan yang memisahkan UM dengan Sarawak. hahahaha

student perubatan 2nd year perlu buat elective project ni lepas final exam haritu.
buat in group 4-5. and markah akan dibagi dan akan dibawa untuk peperiksaan akhir final year nanti.
elective project kitorg buat pasal effect of Phenytoin in causing neural tube defect. If mother taking the drugs and causes malformation dah banyak studies dah dibuat. tapi macam mana kalau drugs tu dibagi kat bapa?? jadi, ni lah yang kitorg usahakan.
gunakan tikus sebagai bahan experiment. dekat 2 bulan jugak lah nak kne duduk bilik haiwan tu. alhamdulillah few weeks before study week, experiment ni dah siap.
jadi habis final exam haritu just sibuk wat poster dengan report la.
Alhamdulillah siap.

jadi esok kena balik UM. then present. Sabtu pulak balik semula ke Bintulu ni.
4 hari je kat sana.lol!
dan sangat sedih bila aku dapat tahu. mulai esok sampai jumaat, area UM tak ada air. adushh... banyak betol dugaan neyh.. macam tawu2 pulak aku nak balik UM ae..
ada yang bertanya.
"kenapa kau balik 4 hari je, asal tak stay je terus kat situ sampai kelas start"
huh
boleh je sebenarnya
tapi kelas start on 11july. (DA CLINICAL YEARS DAH WEYYHHH...sikit je lagi)
maknanya, daripada masa habis presentation tu nanti, aku ada 2 minggu sebelum kelas start.
lama weyh...2 minggu
baik aku balik rumah.
and nanti2 pun jugak, bila aku dah masuk 3rd year, tak banyak pun cuti.
jadi sementara cuti ada.....2 minggu pulak tu.... baik aku gunakan kesempatan yang ada untuk balik...kan...kan...kan...
lepas ni dah jarang da nak tengok bintulu...nak tengok rumah


esok..
aku ada banyak benda yang aku risau..
risau dengan benda yang bodoh... benda yang kalau kau tanya aku "apa yang kau risau sangat neyh"... aku akan jawab "takda apa"
malu sangat nak bagitahu apa yang dirisaukan sebab perkara tersebut terlalu bodoh untuk dikongsi....









......

Tuesday, June 21, 2011

my friend once asked me...

0 catatan kumbang lain


i shud start figure out, WHY?






.....

bila malas dan penat menjadi satu

2 catatan kumbang lain

aku sebenarnya tengah compose satu post untuk blog psipum. (blog persatuan Islam medic)
topik tentang insomnia.
baru habis buat 2 perenggan dah penat (tak panjang pun..haha....tapi nak buat panjang-panjang buat apa, straight to the point sudeyh, kita senang tulis, orang pun senang nak baca betul tak??).
bila rasa malas and exhausted makin memacak tinggi, aku terus bukak blog sendiri. update blog sendiri baru lega sikit.

dah lama aku tak publish apa-apa kat blog psipum sebenarnya. telah dipertanggungjawabkan untuk buat ssatu post setiap minggu, huh, aku dah skip 2 minggu dah. walaupun cuti, aku tak tahu apa yang malas sangat. mungkin sebab aku jarang online.
cuti ni aku banyak tengok TV. Ye lah, sebab kat rumah ni bukan ada siapa pun.
kalau pagi, aku sorang2.

kakak dengan parents kerja.
abang shukri masih kat UMS lagi, ada final project. (dah nak grad!!)
abang sabri lak kat negeri orang. (insyaAllah tahun ni balik raya)

kalau buat post blog Psipum nak nak dalam BM. ok lah takda masalah sangat nak buat. tapi yang problemnya, certain science terms aku tak tahu dalam melayu apa. adeh. ni yang susah. tolong bagi tahu 'Frontal Lobe' dalam melayu gapo?hahahah
poning kepalo den ni ha..(kalau tak jadi maaf la...lol)

perjuangan untuk membuatkan satu post untuk blog psipum akan diteruskan esok. InsyaAllah.
kalau ada keluangan, bacalah post2 kat blog psipum yang ada nama Kumbang Hitam (nama pena -la konon- kat blog psipum). Korang boleh tengok kat sidebar sebelah kiri ni, ada satu kotak 'PSIPUM'. thats collection of my post lah.
ada 2 lagi sebenarnya. dah buat 4 da. just takda keluangan nak tambah (bukan busy pun)








....

Monday, June 20, 2011

No father's day for Peter Griffin

0 catatan kumbang lain
sehari lambat nak buat post berkenaan Hari Bapa. haha..tak kisah lah
semua bapa-bapa kat dunia ni layak diraikan dengan at least dengan wish and kisses, atau yg lagi special makan2, hadiah2.
semua ayah or bapak or baba or walid or abah dan seangkatan dengannya wajar mengukirkan senyuman lebar bersempena dengan hari bapa semalam kecuali Peter Griffin.
aku turut bersimpati untuk beliau.



kalau tak tahu. ni dari cite Family Guy.
Meg is his only daughter. The one yang pakai pink shirt. Peter ni selalu kutuk Meg (tapi serius kelakar).
telling his wife, quote : "We agreed that if we could save two [children], we'd leave Meg."

Dah lah gemok dan boncet, suka minom beer, menyentuh pasal isu kaum dan keagamaan.

memang takda ciri-ciri bapak langsung (except being fat and boncet lah, sebab banyak bapa yang gemuk dan buncit...lol!!)
series ni kelakar lah. Boleh la sebab tergelak-gelak jugak tengok Family guy ni. Tapi still, 'how i met your mother' is the best. YUP!!
'better with you' pun not bad.








......

Friday, June 17, 2011

Untuk Aini

11 catatan kumbang lain
Aku tengok si-G selalu sangat bagi komen melampau kat blog kau.
kesian pulak aku tengok.haha
jadi aku nasihatkan kau monitor sendiri komen2 yang masuk ke dalam blog kau.
Maksud aku, nanti siapa2 yang hantar komen, perlukan approval kau dulu sebelum comment tu masuk ke dalam blog.

selain daripada untuk filter comment2 yang tak membina seperti si-G tu bagi. kau boleh tahu siapa-siapa yang bagi comment kat post2 yang lama.
Sebab sometimes, orang boleh masuk blog kau thru post yang dah lama gila2 and leave comment kat situ. kalau kau tak monitor comment tu sendiri, kau tak akan tahu ada orang tinggal kan komen kat post tersebut melainkan kau pergi check sendiri.

jadi aku nasihatkan tukar settings blog kau. so that selamat laa..terutama dari si-G lol!

1. mula-mula pergi dashboard and click kat settings



2. Then Click Comment



3. Then, scroll ke bawah sekali sampai kau nampak macam yang kat gambar bawah ni. Click Gambar ini untuk TUMBESARAN (lol!!). Ikut apa yang aku letak kat gambar.

yang "Show word verification for comments?" ni sukahati lah kalau nak ke tidak. Tapi, kalau aku tinggalkan komen, leceh lah nak isi word vertification. Baik tak perlu. Pilih "NO".





lepas ni boleh lah menyelamatkan diri daripada G. A.K.A stalker teragung kau tu...hahah

P/s: mati laa blog aku kena serang dengan G lepas ni..adeh....hahaha













....

Saturday, June 11, 2011

no more yesterday

4 catatan kumbang lain




sengaja aku buat blog ni simple. mungkin ramai yang cakap blog aku dull, tak menarik, terlalu basic, tak pandai guna Html stuffs, paduan warna yang senget, apa lagi??
Sebab aku takda masa nak buat banyak2 berat2, kang buat setengah jalan, tak jadi, lagi huduh. kan? now, macamana nak buat blog layout ni lagi bagus? at least tak nampak dull mcm tong sampah..













........

Wednesday, June 08, 2011

aku pernah masuk sekolah tentera..ye betul..

3 catatan kumbang lain
aku pelik
korang tak rasa pelik ke?
time ade kelas, mase masih kat UM, rajen gila nak update blog. 3 post sehari, padahal 3 minggu lagi nak exam...hah.. tak leh blah...
sekarang bila dah cuti, huh, bukak blog pun stakat kat dashboard ja...tengok apa budak2 lain tulis...(tengok je??!)
tak tahu lah apa yang malas sangat...nak kata takda masa, tipu sangat laa kan...
bukan nak kata apa, banyak lagi perkara bermanfaat boleh dibuat kat rumah ni selain mengupdate blog...baca buku talley umpamanya (ok ini tipu, sila jangan percaya)



....



pagi tadi lepas subuh aku mimpi benda yang bodoh..haha aku kena kat sekolah. kena denda warden. ye lah, dulu aku sekolah asrama penuh. jadi warden tu kira macam orang yang jaga kitorg lah (saja nak bagi tahu, kot-kot lah ada yang bongok baca blog aku kn)hahah kidding. Bukan aku sorang kna denda dalam mimpi bodoh tu, ramai lagi. kitorg kena berbaris. berdiri. yang pelik nya kitorg bukan kat sekolah, tapi kat tepi pantai. kat luar gua. haha.. ada unsur-unsur hantu, makhluk halus bagai. bongok sikit lah mimpi ni. Jadi teringatlah dulu-dulu masa kat sekolah ktorg selalu kena denda. dulu warden kitorg tegas. Kalau part denda tu, huh, kejam jugak lah. Rasa macam kat kem ketenteraan lah pulak. Sesekali aku fikir, betul ke sekolah ni yang aku apply dulu. Warden kitorg ada satu prinsip - "sorang buat salah, semua kena". nak bagi semangat kerjasama dan bersatu padu lah bagai.



antara yang aku ingat lah kan
masa tu minggu exam taw. aku form 2. esok nya aku ada exam sejarah. aku tak tawu sebab apa tapi yang penting aku tak study apa pun lagi untuk exam esok. dah balik dari kelas prep malam tu, aku sambung rr study kat bilik study asrama kan. baru bukak page 1. dalam pukul 1030pm. tetiba warden ade kat asrama ktorg, then suruh kitorg bkumpul kat luar asrama. Semua satu block kena berkumpul kt luar. aku dengan nervous pun keluar lah, sebab bunyik warden tu pun dah macam mengamuk (3 org warden rr). dah berkumpul tu kitorg disuruh buat barisan panjang. dia mula lecture pasal apa ntah kesalaan ktorg masa tu.
come on lah. esok exam pun tak boleh consider ke? aku dengan baju melayu(baju prep).tak tukar pun lagi baju aku. dengan sandal. oh ya, aku tak singgah bilik pun masa tu, dari kelas, direct terus masuk bilik study. tetiba kena denda berdiri kat luar. lama jugak lah. dekat nak pukul 12 baru dia lepas kan ktorg. Naik gatal kaki aku, nyamuk.
bila dia dah lepas tu. memang tak lah aku nak sambung study. siapa suka kena denda. padahal bukan salah aku. dah takda mood da nak study. ngantuk pulak da. penat kena lecture memanjang. rasa nak ngangis pun ada gak masa tu, ye laaa tak study apa lagi. kne kacau. lupa apa jadi dengan paper sejarah aku masa tu. tapi MCQ je pun kan. bulat-bulat.
masa tu, masih budak lagi. kalau warden tengah marah, kita takut lah nak bersuara yang kita nak study. budak-budak dulu memang takut giler dengan cikgu.



satu lagi yang aku ingat.
masa tu sehari sebelum start bulan ramadhan. (hah, masih ingat kot). masa tu form 2 jugak.
petang tu lepas kelas KO-KO, balik asrama lambat. dalam pukul 545pm. dah nak senja dah. mandi lah dulu kn sebelum pergi makan. (ktorg kat sarawak masuk maghrib awal, dalam pukul 630 gak r). masa tengah mandi tu, budak-budak yang lain tengah sibuk mandi dan MENlALAK. ye lah menyanyi, tak kesah lah sumbang ke tak. semua pun melalak. (korang tawu x apa melalak??, takut lah kan tetiba guna bahasa sarawak kat sini kang tak paham, Melalak kiranya macam menyanyi menjerit lah macam tak ingat dunia..hahah) Aku masa tu tengah basuh baju kat luar tempat mandi, sesekali pun join lah melalak. LOL. tetiba warden datang then suruh kitorg berkumpul kat depan asrama. jadi kitorg yg tengah basah2, dengan aku yang topless hanya mampu gapai tuala je nak pergi berkumpul.
ingatkan just kena berkumpul. rupanya dia suruh berlari pusing padang. dah lah padang tu memang kat tengah tengah. budak perempuan boleh tengok arr. MALU seyh...serius.. Aku hanya mampu bersimpati kat kawan-kawan aku yang tak sempat ambil tuala untuk cover body. kalau ketul-ketul takpa lah jugak kan. INI kendur berlipat-lipat. malu wooo.....adeh... aku yang kering bertuala pun malu...kitorg gelak-gelak je masa lari tu. berlari dalam berkumpulan, so, boleh lah cover2 sikit. hahah
sesekali teringat benda ni boleh gelak sorg-sorg...serius..



ada banyak lagi kenangan. senior aku lagi teruk, kena denda pusing padang (padang yang budak2 wat olahraga). entah berapa pusingan diorg kena malam tu. dah lah padang tu waktu malam memang gelap hitam, tak nampak apa. senior aku sorg ni badan dia besar sikit lah, of course masa diorg berlari tu, dia paling terbelakang. Masa dia berlari tu, dia dengar ada orang berlari kat belakang dia. Padahal dia yang paling last. if you know what i mean....


kitorg pernah kena buat kelas prep malam sampai pukul 4 pagi. Satu batch laki perempuan kena denda berdiri depan blok pentadbiran untuk 2 jam lebih masa prep malam gara-gara sorg batch aku kantoi bercouple. haih, banyak lagi lah.










ini gambar aku sebelum masuk sekolah menengah Sains Miri. tengok??!! sekarang apa dah jadi...??haha











tujuan aku tulis benda ni, sebab mimpi pagi tadi buat aku teringatkan kisah-kisah ni. Bila teringat balik denda-denda ni semua (lebih banyak ok), aku rasa kejam pun ada jugak. ye lah aku tak buat salah pun kena denda. aku dihantar kesekolah ni bukan untuk menjadi tentera. dan kalau nak mendisiplin kan aku bukan dengan cara ketenteraan. Terima kasih jugak lah kat warden-warden tu, sebab dah jaga aku. didik aku. sekarang aku turn out menjadi orang yang baik. Tapi kan, bila aku tengok kawan-kawan aku dari sekolah yang lain, lebih kurang je macam aku. aku takda lah lagi berdisiplin dari diorg. aku takda lah lagi baik dari diorg. padahal ada lagi yang lagi baik dari aku. kawan-kawan aku budak sains miri yang lain pun xda lah bagus sangat. jadi aku tak nampak sangat lah keberkesanan didikan yang diberikan. sesekali aku fikir didikan yang seperti ini buat sesetengah kawan aku memberontak (macam FLY, ponteng kelas, minum arak). Tapi still, aku sangat menghargai usaha-usaha warden-warden tu, walaupun usaha diorg tu MAYBE KURANG BERKESAN, namun sekurang-kurangnya ada jugak lah memori yang best untuk aku bawak masuk ke dalam blog aku ni. untuk aku ceritakan kat anak cucu aku kelak. Terima kasih Warden, Ustaz Azhar, Cikgu Shahrul, Cikgu Hisyam. *walaopun diorg tak akan membaca blog aku, tapi takpa*









.....