Wednesday, December 29, 2010

Flipped

1 catatan kumbang lain



korang pernah tak ada crush dengan someone? (tipu kalau tak pernah)
korg mesti wonder, adakah dia pun turut rasa perkara yang sama?
maybe dia reacted positive dan dari situ berlaku salah paham. betul?
ataupun, sebaliknya.
ataupun, ada someone yang suka korg, korang baik je dengan dia, seperti org lain. tapi, dia ambil benda tu seperti korg pun suka kat dia. pastu dia gi hantar love letter kat korang, habes lah..aku tak tahu...
pernah tak benda ni berlaku?
pernah tak? pernah tak? pernah tak?

baik. ini yang cuba diketengahkan oleh movie ni.
flipped.
adaptasi dari novel. serius kalau jumpa nak beli.
yang menariknya movie ni, satu scene, based on apa yang budak laki tu fikir, dan kemudian scene tu ulang balik, tapi kali ni based on apa budak perempuan tu fikir pulak. get it??
menarik kan?









aku nak paksa korang tengok movie ni. siapa tak tengok, nanti muvie ni akan menghantui mimpi2 korang. hahahaha siap lah...

mungkin ada muvie lain yng turut guna stail yg sama. tapi ni first time aku tengok movie of this kind. (betull....x tipu)















dikarang dengan kebosanan dan tak tahu nak buat apa di airport oleh asri afandi...

Saturday, December 25, 2010

Terima Kasih JPA

7 catatan kumbang lain
Alhamdulillah, masuk jugak duit.
kan dah kata, jangan tunggu. nanti taw2 duit dah masuk.
penantian satu penyeksaan.


baik.
sem ni kena sangat-sangat-sangat berjimat.
part makan aku mmg xley jimat arr.
sebab semester dua ni is going to be sooo long.
dah habis final exam nnt (to be middle of may) ktorg ada elektif pulak.
nak perlukan duit untuk makan and bayar penginapan.
perlukan duit untuk buat banner projek nnt.
perlukan duit untuk berHu-HA dengan budak2 tu nnt.
adeh.
jadi baik berjimat. betul?


memandangkan hari ni xda kelas.
mon ajak pergi keluar.
aku nak beli external hard disk. sebab? banyak sebabnya.


1) memory lappy aku dah hampir penuh. sampai terpaksa delete series yg tak best. sayang pulak. kut2 masa kebosanan nak tengok pulakkan.

2)nak reformat lappy. nak guna windows 7 pulak. UM kan ada bagi free windows 7 prof... jadi rugi x amek. kalau kat kedai dekat rm400. jadi memerlukan external untuk letak intaller bagai. kawan yang kata perlu external kalau nk reformat. aku tak tahu sangatlah pasal install2 ni semua. main baca tekan ja. x paham tanya orang.


basically that the main 2 reasons why i need an external. tak boros kan? (check!!)




aku jugak berimpian untuk memiliki mouse. sebab selama ni aku terlalu selesa pakai pad lappy ni. rasa nak jugak main heret2, tekan2, scroll2. dan nak try lah yang xda wayar panjang2 buat semak meja. maka tergadailah rm49 ringgit aku semata-mata benda ni



mula-mula
asri +ve : kenapa nak beli? x perlu lah. guna ja pad tu dulu sampai rosak. baru beli mouse. ingat kena jimat. ingat.
asri -ve : alah. pad tu tgh tunggu masa je lagi nak rosak. plis laa..plis laa beliii.. saya janji beli x lebih 50. saya beli yang murah je.
asri +ve : 50 boleh belanja makan seminggu taw tak. kalau diet, boleh makan 2 minggu.
asri -ve : alaaa... xpa kita tak makan seminggu. kita masih ada lemak untuk dibakar jadik tenaga.
asri +ve : erk!! ngek lah kaw..



puas ronda law yat ngn times square.
hajat nak gi pavi menikmati deko-deko pavillion untuk Christmas, tidaak kesampaian. terima kasih hujan.
pandai kaw pilih masa nak turun ek..











.....dikarang dengan penuh "kekaguman nak reformat gi windows 7" oleh asri afandi

Friday, December 24, 2010

Selamat Pagi Malaysia TV3

3 catatan kumbang lain




tv3 : waw. tahniah kepada anda sebab dapat keputusan cemerlang dalam PMR.


bdk 8A : terima kasih (malu-malu). ohh saya sunggoh tidak menyangka ini semua akan berlaku. saya sengat terharu. mak saya peluk saya. bapak saya peluk saya. cikgu saya peluk saya. semua orang pun peluk saya sebab saya mendapat keputusan yang cemerlang. ohh sungguh tacing lah semalam.


tv3 : boleh kongsikan kunci kejayaan anda. mungkin ada adik2 diluar sana yang bakal menduduki peperiksaan pmr tahun depan. mungkin boleh mereka jadikan sebagai panduan.


bdk 8A : ohh.. saya tak studi pun. malam-malam balik sekolah saya tidur. bangun je taw2 kena pergi sekolah. selalu jugak lah saya didenda sebab tak buat kerja rumah. apakan daya, saya balik rumah pun tido je. xde buat apa. selain daripada itu, saya selalu ponteng tusyen. sebab kalau saya pergi pun saya tidur. no points of coming rite. ehh cakap orang puteh pulak. hehehe. saya berpegang prinsip a.k.a motto hidup saya. iaitu "waktu cuti is waktu cuti, all books must be locked in the store room". hobi saya, bermain game dan shopping. dan benda yang paling saya benci adalah pergi sekolah. saya selalu lah masuk pejabat cikgu disiplin sebab ponteng kelas.
kalau ada exam, esok nk exam, malam tu pukul 12 baru saya nak bukak buku. tu pun selepas mak saya pecahkan lap top suruh saya studi. saya study tak tidur sampai pagi. pastu bila keluar result dpt jugak A. semua pulak tu. nak kata saya genius pun boleh jugak. tapi jangan cakap kuat-kuat, nanti orang tahu. hehe



















....dikarang dengan penuh kengantukan dan mahu masuk tidur oleh asri afandi

Thursday, December 23, 2010

Faizso Should watch this

0 catatan kumbang lain


hightlight : the whole video for faizso
  "taylor la-la-lautner?..who's SHE?" lol XD



Highlight : minit 2:35 onwards









....dipaste dengan penuh bergaya oleh asri afandi

Penilaian Menengah Rendah

0 catatan kumbang lain

gambar hiasan semata-mata. tidak lebih dan tidak kurang.


ya...ya..aku tahu
hari ni result PMR keluar
teringatlah 5 tahun yang lepas
kalau tak silap 22/12 kot result PMR05 diumumkan
tengok.ingat lagi =)
ye.aku sangat nerves..sampaikan kaki aku lemah, terketar2 since pagi tu. nasib ada teman nak dibahagi2kan nerves. Sabri.  

memandangkan aku sekolah berasrama penuh
yang mana sekolah aku terletak 209Km dar rumah
maka pergi sekolah memang bukan option ktorg. 
ktorg call sekolah. tanya result mcmana.
ehh bukan ktorg. mak aku yg call.
sbb tak sanggup nak dengar result sendiri.
haha

alhamdulillah. both pun dpt 8A.
mula-mula sabri dpt B tau. dan B tu sgt unexpected Bahasa Melayu.
mmg ktorg dua down gila time tu. walopun aku dpt semua A, tp langsung takda rs happy(serius!!). sbb rasa cam tak adil. kenapa sabri x dpt A untuk BM, padahal die pembahas ect ect. kan.
and some more, bila tanya kawan2 lain, ada dekat 30++ yang dpt 7A1B, then B diorg is BM.
kesian bukan?
kenapa ramai dapat B?-sebab soalan kertas 2 ada silap soalan (kalau korg msh ingat), tapi pengawas tu tak bagi tahu, then satu batch pun memang silap jawab lah-
jadi sebagai langkah menjaga nama baik sekolah, pengetua pun pecahkan tabung PIBG untuk membiayai kos semak semula.
then, dari situ, sabri pun dapat A as he deserve.

teringat zaman2 dpt result PMR dulu.
ye lah batch ktorg ni batch sampah lah kiranya. (ayat melampau sikit)
sampah sampah pun result gempak gak.

kalau lah si pngawas peperiksaan bongok tu x buat hal,
and semua budak2 dpt B utk BM tu dapat A,
ini membuatkan 86 out of 106 ktorg dapat semua A
which make up >>80% of us.
dan dah boleh dapat top 10 SBP.seyes
tapi sayang, itu hanya KALAU.

uhuh..
itu sejarah PMR sains miri 5 years ago.
dah bersawang dah memori ni.



....................................
bila difikirkan. kenapa perlunya PMR?
just nak divide student ikut aliran sains dan sastera ke?
maknanya kita bahagikan diorg ikut aliran apa yang sesuai BERDASARKAN RESULT??
kenapa bukan BERDASARKAN MINAT?
mungkin. PMR menjadi kayu ukur kemampuan student tu. kalau result bagus maknanya diorg mampu amek aliran sains. kalau sebaliknya, maknanya sebaliknya lah.haha
ehh..ye ke..
ahh... nanti bila dah jadi menteri aku fikir..












dikarang dengan penuh Straight dan A's oleh asri afandi..

Tuesday, December 21, 2010

random thoughts

0 catatan kumbang lain
bila duit JPA nak masuk?
diorg ni tahu tak budak medic um dah start sem?
dh dekat sebulan da.
**tensen je pikir sal JPA..dah hilang harapan dah..biar la die nak masuk bila pun..duit tu tetap masuk, just the matter of time..BILA??**


matlamat sem 2 : berjimat cermat amalan mulia. haha .2nd sem bnyk memerlukan duit, jadi baik berjimat untuk masa depan. hoo yeah!! jadi kensel semua impian materialistic.


sem 1 aku boros.
boros part makan.
makan xde lah hebat sangat. biase2 je.
tapi memang jarang makan kat DM.
makan kat situ. makan kat sini.
maka, duit habis sebelum waktunya.


kawan2
minggu depan cuti
Bintulu!! here i come..hooyeah
balik hari rabu, flight pukul 730 pagi.
maksudnya kena bermalam kat KLIA.
harap tenet kat situ laju tahap gaban.
jadi x lah bosan sangat. kan.






...dikarang dengan mutu gaya keunggulan oleh asri afandi

Monday, December 20, 2010

1 catatan kumbang lain
rindu zaman dulu2...haih..





Happy birthday =)










p/s: experiment berjaya. letak background music. kalau rasa annoying, sila ke post yg lain. sebab lagu ni hny main kt post ni semata2..
dikarang dengan gaya mutu keunggulan oleh asri afandi

Saturday, December 18, 2010

kotak hadiah

5 catatan kumbang lain
mode: baru dapat result exam..




keputusan yang kita dapat ibarat menerima kotak hadiah.
bungkusannya mungkin cantik. alhamdulillah
bungkusannya mungkin kurang menarik. jangan hampa.
kerana didalamnya berisi Hikmah, yang hanya Allah yang tahu.













dikarang penuh gaya mutu keunggulan oleh asri afandi...

Monday, December 13, 2010

saya mahu muka saya menjadi wallpaper korang untuk seminggu...yeay!!

5 catatan kumbang lain

nak letak gambar i'm hot sebenarnya. tapi gambar kat atas ni cam menarik.kan.kan.kan.

1. Do u think u're HOT?
HOT? tak.tak. sebab aku tak demam. jd body temperature aku skrg normal. 37degree Celsius.


2. Ur current wallpaper
lukisan, brush paint, gambar tepi tasik. ada mat saleh berpakaian zaman 1700an tengah tengok tasik..


3. tell about the wallpaper
cam gambar ala-ala kat galeri kt studio.
puji lap top sendiri : hensem!!


4. the last tyme u ate pizza
hmmm 2 weeks ago (amek ayat faiz)...sabtu tu makan dengan faiz, esoknya aini pulak...
dua-dua makan pizza hut.


5. last song u listened to
jap fikir jap..
Miley Cyrus - The Climb (tengah carik motivasi, sebab 3 minggu ni aku malas nk study)


6. besides completing this taggin' thing, i am....
having stomachache.. baru lepas makan... mak cik dewan re-cycle makanan tengah hari td.. sbb sebok layan budak pandu puteri (tapi ade jugak budak lelaki td, tak paham aku...)

p.s: aini kata mak cik switch jadual. jadi. sakit perut ni angkara siapa??


7. nicknames
asri, askree(sebut ask-ree..haha), hensem, kacak, bergaya, macho dan segak


8. tag 5 people
aini
faizso
haziq
dena(tag hr tu pun x wat lagi)
jo.namasoo


9. the person on no. 1 is...
orang gaji kat rumah aku


10. say something to the person on number 5....
something (yeah, oredi say something to him)


11. no.3 is in a relationship with...
one of my iban friend. becos he loves Iban so much u noe. everyday 'ngajat' in my room. I oso naik rimas. and his motto hidup is 'agik idup, agik ngelaban'. HE WILL MARRY AN IBAN GIRL ONE DAY. sure he will..


12. what about no. 2
bila lah lori kuning nak datang... adeh..

13. love words to no.4
I miss U (tomorrow will be another latter, other than U)..haha


14. 4 facts about the people u tagged.
- semua muda kecuali Faizso
- semua kurus kecuali Joe
- semua fail kecuali haziq yang bajet dapat 4F (sila tengok blog beliau-disini) tapi tengok lah nanti, dapat 2B2C..amek kaw.. (panjang pulak fakta..haha)
- semua pandai komputer kecuali AINI







....dikarang penuh gaya mutu unggul oleh asri.....

Sunday, December 12, 2010

itu aku

4 catatan kumbang lain
bukan nak post lirik lagu kat sini..(haha)
forgive and forget.
aku hidup dengan ini dari dulu.
jadi korang, kalau korang sakitkan hati aku.
jangan risau.
aku dah maafkan korang
jadi tak perlu minta maaf
buat sahaja seperti biasa
seperti tiada apa yang berlaku

selalunya korang tak sedar
hati ini luka atas silap korang
aku diam. korang takkan pernah tahu
korang tak perlu risau
sebab aku dah pun maafkan
sebab bukan salah korang yang buat silap
hati ini yang silap, terlalu mudah dilukai sakit

maafkan aku
mungkin aku sukar lupakan silap korang
aku cuba, tapi gagal
jangan risau
itu cuma tersimpan dalam kotak memori 
dan bukan pendam dendam di hati
 
 biar masa akan kabur-padamkan segalanya
 

aku tahu, aku tak banyak kawan
 aku sayang semua yang ada untuk aku
jadi jangan tinggalkan aku
sebab korang sahaja yang ada
aku hargai korang setiap satu
terima kasih kerana sentiasa ada untuk aku






p/s: ini bukan puisi mahupun sajak. apatah lagi pantun, gurindam, syair dan sewaktu dengannya.

Saturday, December 11, 2010

Only Girl In The World (tagged)

2 catatan kumbang lain

bestny kena TAG. (haha). Ok Faiz?


1. Put your music library on shuffle.
2. For each question, press the next button to get your answer.
3. You must write that song title as the answer to the question, no matter how silly it sounds! Most of the time they seem to work though, strangely enough.
4. The answer to #20 is the Title of your note. Feel free to do this, tag your friends and have fun!








1.If someone says, “Is this okay?” you say
"Love like woe" - The ready set
 
2. How would you describe yourself?
"Whats my name" - Rihanna
*ok, ada point jugak lah, my name describe who i am*

3. What do you like in a guy/girl?
"BarakaAllahu Lakuma" - Maher Zain
*adeh... belom apa2 lagi*

4. How do you feel today?
"Broken" - Leona Lewis

5. What is your life’s purpose?
"The Best Day" - Taylor Swift

6. What's your motto?
"Ku Berjanji Karna Cinta" - Anuar Zain  

7. What do your friends think of you?
"Find Your Love" - Drake
*huk..uh*

8. What do you think of your parents? 
"Whatcha Say" - Jason Derulo

9. What do you think about very often?
"Thank You Allah" - Maher Zain
*ok.. =)*

10. What is 2 + 2?
"No Air" - Glee Cast
*salah, 4..haha*  

11. What do you think of your best/close friend(s)?
"Baby" - Justin Bieber
*faizso mesti suka*
 
12. What do you think of the person you like?
"Sadis" - Afgan
*T_T"*

13. What is your life story?
"Put it in a Love Song" - Alicia Keys
*haha...romantik sgt kot*

14. What do you want to be when you grow up?
"Let it Rain" - Kris Allen
*huk...uh*

15. What do you think of when you see the person you like?
"White Horse" - Taylor Swift
*too late for u n ur white horse to cm arnd*

16. What will you dance at your wedding?
"Kissing You" - Miranda Cosgrove
*wOw..come on, get a room...haha*

17. What will they play at your funeral?
"Voices in my Head" - Bruno Mars
*seram x?*

18. What is your biggest fear?
"Love Hangout" - Jason Derulo

19. What is your biggest secret?
"Dog Days Are Over" - Florence and The Machine
*huk...uh*

20. What will you post this as?

"Only Girl In The World" - Rihanna




anda diTAG : Faizso, Aini, Dena

Thursday, December 09, 2010

HIV/AIDS talk

1 catatan kumbang lain

pagi tadi ktorg ada HIV/AIDS per-awareness talk dari Malaysian Aids council.
daripada tidur kat bilik, aku pun attend bendaalah ni. benda-benda ni takda dalam buku. jadi, rugi gak arr kalau x datang kn.
lgpun bukan selalu dapat peluang attend prkara berkaitan dengan AIDS ni, ilmu ttg AIDS ni pun cam cetek lagi.

post ni bukan nak buat summary ttg apa yang berlaku, mahupun apa yg diorg cakap. apatah lagi apa yang aku tulis dalam buku nota. (x tulis apa pun) 
kalau camtu memang sah arr korang terus alih cursor gi butang 'X' kat atas kan...haha

just nak share satu je perkara. aku pun x pernah terfikir.





patient HIV-positive : doktor kalau saya nak ada anak, boleh x?







detik kat hati aku, kata, tak boleh lah. nanti kalau anak tu lahir, die pulak dapat HIV positive, kesian lah anak tu ada AIDS, dah lah budak2 immune system die lemah, nanti bla bla bla bla...ok



tapikan. sebenarnya BOLEH.
tadi doctor tu ada bagi statistic.

(1) in an untreated HIV-positive, if she has 10 children, around 3-6 of them will have HIV-positive.

(2) berbeza lah kalau HIV-positive tu menerima rawatan, dan regularly mengambil ubat (contoh: HAART), possibility dia untuk anak dia mendapat HIV-positive is lowered as much as 2%. yang penting kena makan ubat lah.





tadi ada 2 wakil council, yang juga menhidap HIV/AIDS, turut berkongsi pengalaman.
insyallah, kami akan menjadi doktor yang baik dalam membantu pesakit HIV/AIDS kami kelak.















.....

Wednesday, December 08, 2010

Malas!! eh. cikgu kitew kate tak bole guna negative word... jadi, tajuk post ni : tak rajin!!

0 catatan kumbang lain


seriously, malas aku skrg mcm gambar kat atas tu.ha. without the bottle laa..
eh..gambar atas ni gambar die mabuk ke die tgh malas ahh??
ahh lantak lah...yg penting lebih kurang..

2nd semester dah start seminggu 3 hari. setakat ni...

1. lect notes hepatitis aku tak pernah baca beyond hepatitis B. and paling last aku baca pun is last week. so, most probably, banyak dah lupa..

2. pathology dah masuk sistem GIT. termasuk lecture hari ni dah ada 3 lecture. dan 1st lecture pun aku tak habis baca. patutnya malam semalam habiskan. tapi mengantuk. siap half-way. end up baca komik atas katil gelak sorang2. ha.ha.ha.

3. parasit. kalau no (1) and (2) kat atas pun aku tak baca lagi. ni pulak nak bukak parasit. adeh..




aku -ve: ni lah akibatnya cuti tak cukup. 3 hari. mana cukup wei.
aku +ve: alah ngkau. kate nak jadi doc. dah keje nnt mne de cuti sangat.
aku -ve: ngok ngek!!
aku +ve: ngok kaw balek..



aku... kalau malas nk study... senang je, sumbat telinga dengan earphone. bukak mp3. tutup laptop. bukak buku study. insyallah bertahan berjam-jam menghadap buku. (ye betul, berjam-jam) 
tapi... sekarang... malas nak bukak mp3... layan rasa malas dgn tengok series dlm laptop... 

nasib baek series dah habes tgk. malam ni aku cuba nak officially start study. ha.ha.ha.
nak tawu aku berjaya or tak study malam ni??
haaa...sila bukak balek blog aku esok..(bluewkk!!)... same time.. same site.. (erh, perlu ke??) 

ohh...lupa..
malam ni aku ngn mr.joe nk tgk cite social network. adeh..
xpa2..bila habis tengok cite tu aku study ok?





p/s: siapa yg jugak malas cam aku?angkat tangan!! nak angkat kaki sekali pun bole!! tak perlu berdiri ok~~,.....





dikarang dengan penuh bergaya, bermutu, dan unggul

Friday, November 26, 2010

exam baru habis semalam.... second sem start in 3 days

3 catatan kumbang lain
oke..
itu sahaja update terbaru... terima kaseh... =)



...

Friday, November 05, 2010

Now you know why petrol is more than $2.00 a litre for unleaded? So they can ski in the desert!!!

0 catatan kumbang lain
look what arabs are building










in the middle of dessert

















malaysia punya kecik je...tu pun mahal nak mampus... rm19 sekali masok..
dan tak leh ski... maen gelungsur je...
pastu selang 10 minit kot.... dia turunkn salji... "sakai" kejap main dgn salji...ye lah tak pernah kn tgk salji turun dr langit... then the next minute baru discover yg itu sebenarnya adalah buih dan bukan salji...kena tipu... entah buih sabun apa diorg letak...

nak pergi arab lah camni..

Wednesday, October 27, 2010

conversation between pencil and eraser

4 catatan kumbang lain



Pencil: I'm sorry....
Eraser: For what? You didn't do anything wrong.
Pencil: I'm sorry cos you get hurt bcos of me. Whenever I made a mistake, you're always there to erase it. But as you make my mistakes vanish, you lose a part of yourself. You get smaller and smaller each time.
Eraser: That's true. But I don't really mind. You see, I was made to do this. I was made to help you whenever you do something wrong. Even though one day, I know I'll be gone and you'll replace me with a new one, I'm actually happy with my job. So please, stop worrying. I hate seeing you sad. :)







who is the eraser in your life??? think back =)

Friday, October 08, 2010

saya mahu tengok cinema I tapi malas nak keluar + conass yang mcm =.=!!

0 catatan kumbang lain
dah turn 20 da seminggu lepas. Thanks for all the wishes kat FB. agak terharu jugak ahh hari tu, dapat jugak hadiah kn. Patung lembu-bajet-comel dari aini ngn ezmeer, buku solat dan sains dari faizso. dapat belanja Manhattan fish market (bukan pasar ikan) dari adi, haziq, n afiq. and sum1 janji nak bagi glove pink. hope she still remember. bufday aku, simple je. simple tu yg aku nak =D


baru habis conass (continuous assessment).
masa minggu conass parasite+pharmaco, parents aku datang KL, from friday till wednesday, tapi kakak and mak aku balik sarawak hari isnin, maknanya, ayah aku tinggal sorg kt sini sampai rabu (sbb ada occasion on tuesday). jadi aku temankan lah ayah dok hotel, makan, jalan2. tak kan nak biarkan dia sorg2. tak sampai hati pulak aku. maka dengan itu, ter"sembelih"lah conass aku hari khamis (conass aku is on the next day lepas dia balik sarawak). haha.

"sembelih" maksud aku bukan tak datang taw. just that kurang study. haha. mana tak nya, hari isnin, bawak ayah aku jalan-jalan kat one utama. sampai sesat. aku pegi one utama tu baru je dalam 4 kali selama aku studi kt KL, jadi sesat tu memang pasti lah. adoi. then on wednesday pulak, jalan gi sogo, klcc, ngn times square. uhuh.. belajar pun time malam, bila ayah aku dah tido.

tak... tak... bukan salah diorg aku x concentrate dgn conass, aku yang volunteer kan diri bawak diorg jalan2. laaaah... takda hal laa, sebab family dtg sini bukan selalu je, conass tu, kalau fail, final exam boleh tebus balik(walopun susah)T_T..

for the record pharmaco aku confirm fail. kalau lulus aku bagi pulut kuning utk satu block.(melampau) sebab aku prepare cam 50-50. prof debra punya lecture aku main baca-paham je, then tak hapal example of drugs. tgk2, soalan SAQ bnyk mintak xample. memang mati lah aku soalan tu. then satu lagi soalan SAQ, aku prepare tau. boleh lah jawab soalan laen, xcept for 1 question, dia mintak pharmacological action, aku pun pening la, tak pernah pulak aku dgr ayat ni, so aku bagi lah mechanism of drug action. sebab ayat dia cam lebih kurang. masa lecturer tu buat review, dia kata many interpret the question wrongly, what the question want is the final action of the drugs. duh... hilang 4 markah kot. utk SAQ sahaja sah2 lah aku fail. then MCQ, aku memang tak hero dalam jawab MCQ dr dulu, jadi MCQ tak menjanjikan apa2, dah lah minus marking, duhh.... pharmaco besar kemungkinan fail. sedih..

MMB, Patho, ngn parasite. it was so-so, not as bad as pharmaco la. tak tau nak kata apa. sebab semua subject pun tak abes study.

pharmaco kitorg setiap minggu, satu lecture tau, jadi aku tend utk ketepikan pharmaco. last2, study utk pegi lab practical sahaja. jadi, serve me right!!!... dah lah pharmaco penting utk practice medicine nnt... aku pulak senang2 ketepikan... adoii

medik ktorg integrated system. bukan ikut sistem block cam medical school lain selalu pakai. jadi ktorg lain sket dari korang2...

dah2...cukup2 dah...ada dua paper lagi. epidemiology and stats + family health.











p/s: aku rasa cam bnyk lagi nak dikisahkan.

Thursday, September 09, 2010

Semadikan Pemergian Arwah Disini.........

1 catatan kumbang lain
Baru kehilangan seorang sahabat


Mohd Syahir Bin Lokman
 
Al-Fatihah




sepanjang aku berkawan dengan arwah, arwah seorang yang bersopan berbudi bahasa, tak pernah aku tengok arwah berkasar. memang banyak kenangan dengan Arwah. 

bila dengar berita tentang pemergian Arwah, satu persatu kenangan dengan Arwah terflash back. daripada masa awal perkenalan dengan berpeluk salam disurau sehingga ke masa berpeluk salam dengan Arwah di parking motor kolej. Cara sama, situasi berbeza. 

mula perkenalan : aku mula kenal Arwah di Surau sewaktu orentasi undergrad, July 2009. Arwah yang pada ketika itu dilantik menjadi Imam untuk sepanjang pogram orentasi.
semasa sesi ice breaking lepas solat maghrib, dimulakan dengan Arwah. Berasal dari Kuching Sarawak, jurusan Perubatan dan Pembedahan. Agak tersentak jugak masa tu.
akhirnya bertemu jugak rakan senegeri budak medic. Lepas sahaja tamat sesi Ice breaking, kitorg berpeluk salam,  first word yang aku katakat arwah... "haha, yah, orang kuching eyh!!". 

masih ingat lagi, masa minggu orentasi tu, musim H1N1, jadi kena kuarantin. kitorg x boleh gerak kefakulti sepanjang minggu tu, hanya di kawasan kolej dibenarkan.
jadi memang tak ada mana-mana PM (fasi) yang akan bawak ktorg pusing2 fakulti lah. Nak2 pergi sendiri. lepas aje tamat orentasi, kuarantin pun tamat. hari minggu tu, aku pergi ronda-ronda fakulti dengan kawan PASUM, tgk mana dewan kuliah, library semua bagai. 
bila dah balik kolej semula, aku terjumpa Arwah, aku tanya dah tgk fakulti belom, sebab esok kelas dah mula. Arwah kata belom. jadi aku offerkan diri untuk jadi tour guide. dari situ aku semakin mengenali arwah. 
seperti baru semalam. seriously.

arwah memang berbakat dalam nyanyian. pernah terdengar arwah menyanyi dibilik. Lagu apa entah masa tu, yang penting Faizal Tahir. Sedap. kebetulan arwah dulu satu sekolah dengan Dayang Nurfaizah. Jadi ktorg gurau "kalau nak masuk sekolah TUNAS memang ada audition menyanyi ke? yang suara sedap aje boleh jadik student"...ahah
 
dah habis satu semester. awal 2nd semester (Part B) mid december. Arwah mengadu sakit kat tangan, kat bahagian biceps yang ditunjuk.
"ngko bawak barang berat kot". tapi sakit tangan tu dah lama, sejak time raya haji lagi (around end of november). Aku suruh arwah pergi klinik, periksa.
Sakit tangan mungkin normal, tapi kalau sakit tu dah lama sangat, mungkin benda lain. aku sebut satu persatu kebarangkalian penyakit, yang pasti aku ada menyebut kanser.
Ya. memang betul, Arwah ada kanser. Osteocarcoma Stage 4.

Mulanya aku yakin, arwah boleh bertahan, arwah kuat, arwah boleh lawan kanser tu. Aku pernah kata kat Arwah " xpa syahir, kuatkan semangat, ko boleh go through all this, suatu hari, ko boleh beri semangat kepada pesakit kanser kelak bila ko dah menjadi doctor". 

setelah buat 3 round chemo kat PPUM (pusat perubatan UM). the 3rd round chemo x masuk, kena guna yang lagi kuat. jadi Arwah kena redo 3rd round. dan sambung Chemotherapy kat Kuching Sarawak. senang. Family Arwah tak perlu berulang alik Kuching-KL.
sebelum berangkat pulang ke Sarawak. Malam tu, Arwah sempat ke Kolej. Melawat kami semua. Aku nyaris tidak berjumpa Arwah. Sebab sepetang tu aku berada di Library. Malam baru aku pulang.
bila dah balik bilik, nazeem/izhan yang mengkhabarkan yang Arwah ada kat bawah. Aku pun bergegas ke bawah dan sempat berpeluk salam dengan Arwah. masih ingat kata-kata Arwah "kelak, jumpa time korang dah 3rd year, aku x nak tengok korang sangkut-sangkut, x nak tengok sapa-sapa masih 2nd year"

sebak pulak rasanya.... aku langsung tidak menyangka itu adalah pertemuan terakhir... kerana then after, cuma perbualan melalui SMS, facebook. dan Call. 




HIDUP MATI DITANGAN ALLAH

"masa ni pintu syurga semua terbuka luas untuk engkau.
Bulan Ramadhan jugak engkau pergi. sungguh beruntung"

Semoga Syahir ditempatkan dikalangan orang yang beriman. 

amiin.






.......

hias rumah dengan daun Kelapa

0 catatan kumbang lain
zaman dah berubah
dulu time hari raya, hepi je dapat kad raya daripada kawan.
yang hand to hand
apatah lagi yang hantar guna kan pos
dulu setiap tahun dapat, dan setiap tahun lah rasa bertuah dapat kad raya.
seyes, bangga giler dapat kad raya
rasa nak heboh satu rumah tu,
YAY!! aku dapat kad raya
pastu lekat kad raya tu kat dinding rumah. jadi perhiasan. show off sket dapat kad raya kan.. =D

sekarang?
semua main hantar message dalam facebook and SMS
aku sendiri pun tahun ni x hantar kad raya kat sesiapa
(p/s: ada jugak, tu pun dedication Balai Islam First College, kawan isi borang aku, aku isi borang diorg, semata-mata untuk memenuhkan kuota, haha)
siap tag2 kad raya dalam facebook. erk, actually, itu bukan 'KAD RAYA' tetapi "gambar ucapan hari raya".

kalau dah tag2 gambar dlm facebook tu. habes aku nak hias rumah aku dengan apa? dengan print out gambar tu ke?
ke nak aku gantung laptop kt depan rumah. hahahaha... kidding...


SELAMAT HARI RAYA

....

Tuesday, September 07, 2010

when silly things done by crazy people

0 catatan kumbang lain
Blauner : Ha! Good one, Simon. So how important is birth order in determining who we are?

Nathaniel : Thats funny. I'm glad you asked me about that. I recently read a study in a major scholarly journal addressed that very subject. 

Siman : what did it say?

Nathaniel : well it was written by a group of extremely qualified scientist and it demonstrated, unequivocally, that younger siblings have a higher tendency toward homosexuality.

Blauner : Whoa.

Nathaniel : The theory states that a woman pregnant with a son often develops immunity against male antigens in her womb. Consequently, when she becomes pregnant with a second son, her immune system may interfere with sexual differentiation in that fetus's developing brain, causing an increase likelihood of homosexuality.

Simon : That's Crazy.



pg 257 from the book BROTHERS 







p/s: i think that scientist is actually a gay. and want to find a scientific reasons behind his homosexuality. Dont you think so?come on haha
.....

Friday, September 03, 2010

demam~

4 catatan kumbang lain

dugaan besar dalam bulan ramadhan - berpuasa dalam keadaan demam
aku tak tahu lagi, apa yang akan aku lalui hari ni, sebab aku baru demam malam tadi, lepas aku balik dari KLCC..
tu laa, gatal sangat nak berbuka kat luar, kan dah demam..



"bukan ku pintaaaa, lahir kedunia, bukan ku pinta, cacat begini"
(bravo lah kalo korag tahu lagu ni, sbb x ramai yg familiar)




ni musim demam and batuk2. roomate aku dah masuk minggu kedua beliau sakit-sakit. tidak hairanlah kalau aku terkena infected. Immune system aku bukan boleh caye sangat buat kerja.
lantaran selalu batuk-batuk, hampir setiap malam beliau tak dapat nak tido. pagi lepas sahur, baru beliau dapat tido, maka TERselalu lah beliau TERponteng lecture.ahah
nasib bek aku nye immune system buat hal bila semua kelas dah settle, nak balik raya je lagi.

yang tak best nya, kena balik raya dalam keadaan demam. Demam pulak jadik buah tangan balik sarawak. addoi
nak bertolak ke airport pulak dah sebelum sembahyang jumaat ni. haraplah demam aku tak lah terok sangat. Takpa...takpa.. AKU KUAT!!!aha



masa kat KLCC sempat lah nak beli kelengkapan demam. terima kaseh kepada kakak guardian, kerana promote tablets mucosolvent.cam tau2 je aku x suka syrup ubat batuk. daripada aku baby sampai sekarang yang MASIH berumur 19 tahun, aku tak pernah rasa ubat batuk tu adalah sedap, sampai ada yang ketagihan ubat batuk. nak telan syrup tu pun rasa cam minom jus hempedu. Mak aih..








mode : of koz lah balik SArAwaK...nak beraya 
tapi ada conass lepas raya. baru plan tak nak bawak nota satu apa pun balik sarawak. sebabnya, confirm aku tak bukak.




dah2... azan subuh dh lama berkumandang. aku je lagi masih melekat depan lappy.

Wednesday, September 01, 2010

kita fikirkan..

3 catatan kumbang lain
 


bulan ramadhan
antara hikmah yang terkandung ketika sedang kita berpuasa
kita merasa kesusahan golongan miskin
 terpaksa menahan lapar kerana tidak memiliki tiket dunia (wang ringgit) untuk memiliki sesuatu
meskipun makanan dan minuman
adalah perkara yang hampir mustahil mereka miliki
jika tidak mendapat belas raih simpati daripada mereka yang berkemampuan
seperti kita




namun apa yang kita rasakan ini adalah begitu kecil jika hendak dibandingkan dengan apa yang terpaksa mereka hadapi sejak sekian lama
kita berpuasa, rasa lapar dahaga sakit perut, bibir kering, lemah
namun jauh dihati kita, waktu maghrib nanti, semua ini akan berakhir
 namun bagaimana pula dengan mereka?
sampai bila kelaparan mereka harus kekal mengheret diri kepada kesengsaraan?


jika kita nak tengok golongan miskin dimalaysia ini sudah cukup beruntung
bagaimana pula dengan negara luar?

di Afrika?
Negara kering, 
Air tiada, Makanan apatah lagi

di negara bergelogak dengan peperangan?
bukan sahaja berlapar, namun terpaksa bermandikan darah ayah dan ibu sendiri
tidak cukup dengan itu
ketakutan dan kegelisahan menghantui diri
dek peluru hidup tidak bermata memburu setiap pelusuk tubuh
rumah sendiri kini menjadi tempat paling bahaya
lorong-lorong tikus itu menjadi tempat tidur













burung helang itu sedang menunggu mangsanya yang rebah menyembah bumi
lemah tidak bermaya







gambar diatas saya peroleh dari google image. tiga kanak-kanak ini sedang bersembunyi di sebuah rumah di Gaza. Dan tidak keluar dari tempat itu kerana takut.  mereka disitu ditemani mayat ibu mereka sendiri.

















Saturday, August 14, 2010

mata tengah tahan mengantuk

1 catatan kumbang lain
dah siap buat kerja PBL... legaa rasanya, walopun x baca pun lagi.. sekurang2nya bahan2 tu dah dicari... dan dikumpulkan... nak print je lagi..tggu kedai fotostat tu bukak jaa esok..

weekend ni semua orang nak balik rumah... yaa lah.. nak bersahur berbuka dengan family... terasa homesick pulak dibuatnya... roomate balik, ex-roomate balik, kawan sarawak celop pun balik jugak.. aku pun nak balik jugak... bukankah best kalau bapak aku betul-betul Dato'., dah lama aku minx beli tiket balik sarawak.. balik 3 hari je pun oke lah... like what i did msa aku 1st year.. uhuh..

ni post paling pendek yang pernah aku buat... kenapa aku buat pendek? sebab, tajuk post ni pun dah mengantuk, belom lagi isi nya.. hahaaha (tak lawak oke)...

dah, selamat berpuasa, dan selamat berhujung mingu

Monday, August 09, 2010

ramadhan tiba lagi

10 catatan kumbang lain






Sabda Rasulullah saw.:

"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."







"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"



"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."





teringat masa kecik-kecik dulu. kalau sambut ramadhan aje, mesti rasa x best. sebab kena puasa. padahal puasa setengah hari je pun. haha.. aku lupa, bila entah aku start puasa penuh sebulan. tu pun sebab dah malu, mana tak nya, cousin-cousin yang lebih kecik pun puasa, aku yang lagi tua boleh pulak sedap-sedap makan depan diorg. bila dah tahu segan tu baru laa mula nak berpuasa.

dulu, time dah berjinak2 berpuasa, waktu pagi, semangat je berlari-lari, main keliling rumah. Bajet power lah walopun berpuasa tapi boleh berlari penuh bertenaga. yeah!!.. huh...Bila dah tengah hari, belom zohor lagi, aku nun dipenjuru, baring atas lantai sambil tengok jam, siap buat kira-kira, bila lah nak pukul 6. (kat sarawak, berbuka jam 6 ptg tu memang stended laaa)

bila bapak aku bwk pergi bazaar...huh!!.. semua makanan nampak sedap. air mineral dalam botol pun sedap. semuaaa ditunjuk nak beli. air minoman nak nak 2-3 jenis. kuih-muih, mee, ayam panggang, ayam goreng... semua diangkut bawak masok kereta... muka hepi jew..

meja makan yang memang sangat besar pun tetiba jadik kecik, sebab penuh, siap buat meja extra lagi... haha.. pastu memang confirm lah tak abes. abang-abang aku lah yang kuat makan (ceh~..ahaha nak salah kan orang pulak kan..)... parents aku tak bising pulak ktrog melahap camtu sekali, yee lah, siapa x hepi tgk anak2 mula nak belajar berpuasa kan..

aku lupa bila entah perkara ini semua berhenti. sejak aku masok sekolah asrama kot. but macam loooong before that... entah ahh lantak lah...
semua hanya tinggal memori..


Selamat Menyambut Ramadhan semua.









p/s: i bet, mesti ramai yang tengah fikir, "bila nak shopping raya ni?"... kan kan kan...
aku?? xdak mood nak shopping. last year shopping raya dgn abg sabri. tahun ni... dia dh jauh..