Wednesday, June 23, 2010

If I were the minister of education


yaa...banyak isu yang boleh dibangkitkan oleh bloger2...UPSR-PMR laah... isu roboh penjara pudu....bina parlimen baru...istana negara yang baru menelan belanja rm800 juta...apa lagi??

aku dah pergi dari blog ke blog yang bercakap tentang pemansuhan PMR dan UPSR ni. secara peribadi, aku bersetuju. dan aku baca, ramai yang membangkang. Dari yang ramai2 tu sorg aje yang setuju. p/s: aku tak dgr lagi apa komen golongan berpengaruh dalam negara. aku just baca komen dari golongan kita ni yang bawah2.

sepanjang 11 tahun bersekolah, aku akui, sistem pendidikan negara telah membentuk aku menjadi pelajar yang "exam-oriented". aku hanya fikir ilmu yang sepatutnya di fahami adalah segala yang ada dalam buku teks semata-mata, kerana apa?, kerana apa yang ada dalam buku tekslah yang akan disoal dalam exam, jadi buat apa nak baca buku lain. (i mean buku tentang astronomi, or buku tentang sejarah USA, or pergolakan di Palestine). kegilaan untuk mendapat seberapa banyak A. Sekarang kita berbangga, kerana tahap kecemerlangan pelajar semakin meningkat. Ramai yang dapat semua A. Tapi, hakikat yang perlu kita sedar sistem kita sebenarnya tidak lah hebat mana, sekadar menghasilkan jaguh kampung, pelajar cemerlang yang tidak akan kemana, kerana kita dapat saksikan ramai yang hanyut di Pusat Pengajian Tinggi.hal ini sama sekali tidak membantu minda aku berkembang dan positif, yaaa seperti yang ada sekarang.

aku percaya, kurikulum yang sedia ada diamalkan disekolah-sekolah sekarang adalah penyumbang besar kepada kurangnya minat membaca dalam kalangan pelajar. yang akhirnya melahirkan masyarakat yang malas berfikir. masyarakat membaca--->masyarakat berfikir---->masyarakat berjaya. memang ada yang minat membaca, tapi tidak ramai. aku percaya tak sampai 25 peratus pun. sebab aku pun malas membaca oke.

untuk buang sikap "exam-oriented" ni merupakan satu cabaran yang sangat hebat bagi pihak kerajaan untuk menanganinya. bukan satu tugas yang mudah. lagi sukar dari nak tukar maths sci ke dlm bahasa inggeris. sebab itulah, kerajaan tidak seharusnya bersikap terburu-buru dalam mengambil sebarang keputusan. kaji sedalam mungkin agar keputusan yang diambil kemudiannya tidak hanya hangat-hangat tahi ayam seperti ttg isu sci math tukar balik jadi BM. kerajaan seolah-olah mengguna percaturan politik dalam isu pendidikan, yang mana, pelajar menjadi mangsa keadaan. kejap english, kejap BM. kalau aku jadi menteri pun malu dibuatnya. 


baik, aku dah terlebih panjang bercerita pasal isu pendidikan negara. sebenarnya aku nak mengulas komen blogger2 berkenaan isu ni.

kita tahu, UPSR dgn PMR buat student jadi exam oriented. minda tertutp. jelas bring no good to the students. jadi kita sebulat suara bersetuju untuk memansuhkan dua peperiksaan awam ini. seems, pemansuhan ini pasti ada kesan negatif, xleh nak nafikan lah, jadi perlukan sedikit perubahan pada kurikulum sekolah, bagi menutup lompang-lompang yang ada.

1. "kalau PMR dan UPSR dimansuhkan, pelajar akan jadik malas."
cadangan penyelesaian:
mungkin kita boleh buat....ialah rangka semula kurikulum disekolah
peperiksaan bulanan perlu dijalankan. Dijalankan seperti peperiksaan pertengahan tahun, dan hujung tahun. sekiranya secara purata bulanan pelajar bagi tahun tertentu tidak mendapat lulus, pelajar tak dibenarkan untuk naik tingkatan/darjah, repeat the whole year again sampai lulus.hahahahaha 
kurikulum yang dilaksanakan, perlulah mengalakkan pelajar untuk berfikir dan think out of the box. antaranya course work, presentation, bagai...
 


2. "kalau takda UPSR dan PMR, macamna pemilihan pelajar ke SBP/MRSM/vokasional dilakukan?"
cadangan:
ko rasa apa langkah yang sesuai? --->mungkinkah kita sekepala
kita memberikan autoriti kepada SBP dan MRSM dn ect ect untuk memilih pelajar mereka sendiri. yang ini boleh dibuat melalui temu duga dan analisa ujian bulanan pelajar tersebut. yaaa...pandai-pandai lah..
 



selain daripada perubahan yang dicadangkan diatas. subjek yang sedia ada perlu dikemas kini... antaranya :-

1.PJK... pendidikan jasmani dan kesihatan
subjek ini memang ramai yang minat sebab boleh tuka baju kat toilet, pastu main2 kat padang.
tapi satu yang aku pelik.
kokurikulum ada subjek PJK
ko-kurikulum pun ada sukan dan rekreasi
pastu aktiviti yang dibuat, lebih kurang sama, iaitu aktiviti dipadang. buang masa.... 
seharunya, masa kelas PJK tu hanya didalam kelas semata-mata. iaitu guru bagi pendedahan kepada kelas tentang keshatan, penyakit bagai...(plus, leceh lah nak tukar2 baju, xley nak study kalo badan melekit lepas berpeluh)
dan Ko-kurikulum pulak baru lah ke padang? bole?..
p/s: aku benci PJK dulu. sebolehnya aku pura-pura lupa bawak baju. lagi rela didenda dari kena berpeluh...tak mandi..pastu ikut kelas...



2.Muzik....
hahaha...yang nih lagi sekor...
x boley blah....cikgu english jadi cikgu ajar muzik. dia tahu main piano, tapi x ajar pun ktorg main piano, tapiii ajar nyanyi pulak... (ada sapa2 nak jadi penyanyi ke?)
i am expecting, future music teacher ajar student main music instrument. jangan lah main seruling ngn dekoder aje...budak darjah satu boleh laaa..
and take music class seriously...
jadi dengan ini, budak-budak takda lah belajar baca buku sahaja, bahkan, memiliki kebolehan yang pelbagai...
p/s: bukan subjek nih dah dikensel ke?...macam pernah dengar subjek ini tidak lagi diajar disekolah...


6 tahun untuk sekolah rendah macam lama sangat lah. pastu aku tak paham kenapa exam PTS dulu perlu dibuat.



pendidikan bersifat holistik, dan bukan "exam-oriented"....hasrat kerajaan inilah menjadi akar umbi kepada pemikiran untuk memansuhkan UPSR dan PMR TETAPI haruslah disertai dengan beberapa perubahan terutama kepada kurikulum sekolah dan penilaian yang bagaimana sesuai menjadi kayu ukur kefahaman pelajar. 












credit to : abg sabri...
bangkangan dan cadangan tambahan amatlah dialu-alukan.
......

2 comments:

.::annemishi::. said...

haha..x leh blah manifesto di atas.

tuh diaaaaa..
bila bekas debater berbicara.
:P

music, aku rasa an, better ajar main alat music dari nyanyi cm tuh ja kot.
sebabnya..main dgn alat lagi berkembang kot otak.

kumbang hitam said...

betol...!! x lah asek belajar guna buku aje kn...