Wednesday, June 30, 2010

The Sims 3

sila klik gambar diatas supaya nampak lebih jelas dan besar. penat-penat aku edit supaya nampak besar, jadik camni pulak. kalau edit html kang kabur pulak. adoi






aku ada sebuah rumah yang kecik. rumah aku ada kat gambar diatas. satu bilik, satu bathroom, pastu kitchen dgn living room. dan jugak garage. kecik bukan? ya, buat apa nak besar-besar kalau dah duduk seorang. simpan duit banyak-banyak, dah berkeluarga nanti baru lah fikir nak pindah mana. Aku ada sebuah kereta yang bentuk dia seperti kereta audi abt TT-R. ahaha, mewah bukan? takda siapa tahu aku gunakan cheat semata-mata nak beli kereta ni. adoii..






aku seorang musican berjaya. Master dalam bermain guitar dan logic skill yang sangat mantep. sekarang tengah berusaha menjadik master of the arts. bosan dowh nak suruh "aku" melukis hari-hari. Disebabkan aku dah jadik Master of guitar, maka robohlah tembok dimuka untuk meminta sedekah dikaki lima jalan. tapi tak apa, profitable kot. sehari aku boleh dapat dalam $1000++. depend dengan orang-orang berada dibandar. kalau ramai dekat situ, maka, banyak lah income aku dengan meminta sedekah. "playing-for-tips"
haha...ya ya, saya tahu itu bukan meminta sedekah. kita main guitar untuk public, kalau orang tu satisfied, maka dapat lah tips yang besar.






dulu aku memiliki bini isteri, tapi dah mati. Arwah bercita-cita untuk menjadi seorang surgeon, tapi "tiiiiidaaakkk kesaaampaiiian" (mcm lagu fazli zainal pulak dah), dia telah membawa nyawanya pergi. Jangan ditanya bagaimana beliau meninggal dunia, sebab aku sendiri akan bocorkan rahsia family aku. yaaa, semua nya salah aku. ahahaha. aku nak siMati tukar 'age' beliau sebab pada masa tu, dia lebih tua daripada suaminya, bak kata orang-orang melayu ni "kurang manis" (boleh pulak??). Dalam usaha aku menggunakan cheat untuk ubah balik usia beliau, tiba-tiba beliau jadik tua bongkok dan beruban, agak terkejut beruk jugak dibuatnya, aku try lagi cheat berkenaan, maka dari situ lah beliau meninggalkan dunia yang fana ini. salam takziah.





aku dah pergi melancong dua negara sahaja. China dengan Egypt sahaja. kedua-duanya pun aku pergi atas urusan kerja. setiap minggu pasti ada outstation kenegara-negara berkenaan. Tugasan nya pun bodoh-bodoh, aku disuruh pergi ke egypt dan play guitar in public dan of course mintak tips. Dengan erti kata lain, aku disuruh pergi luar negara semata-mata untuk mintak sedekah? hahaha... tak apa, yang penting balik ketempat kerja, aku mendapat promotion. dan sekarang, aku dah on the top of my career. gaji pun sangat-sangat besar oke. sekarang dan $600 per hour. Sehari aku kerja 5 jam. lumayan bukan? lepas ni boleh lah nak dudok rumah besar sikit.




akibat internet speed dah makin slow semalam, maka aku pun bukak game ni. Jarang pulak main walopun dah berkurun dalam lappy ni. nak sambong main lagi boleh?...ahaha... nak carik bini baru pulak....XD

















.....

2 comments:

.::annemishi::. said...

aku dah tengah gian nak main the sims 3 nih.. =.=

kumbang hitam said...

aha... asal x maen aje?