Wednesday, June 23, 2010

My Mother is on Facebook

Facebook merupakan social networks yang apabila disebutkan social networks lazim nya untuk golongan remaja. Namun, apabila golongan ibu turut memiliki facebook, secara spesifik emak kita sendiri, apakah respon anda?

yaaa...mak aku dah ada facebook.kelakar. kalau mak aku menghadap komputer sahaja pasti facebook yang disinggahnya. haha. dah lama jugak mak suruh aku signup kan facebook dia. setelah dikerah berkali-kali, aku pun merajinkan diri buatkan facebook emak. jangan salah sangka, mak aku nak bukak facebook tu semata-mata untuk abang sabri. Ya lah, sejak abg sabri pergi France, mak asyik menghadap komputer sahaja, ingin bertanyakan pengkhabaran abg sabri. tanya itu, tanya ini. balik dari pejabat, komputer dulu disergahnya. ya lah, baru sebulan lebih abg sabri pergi. lama-lama mak biasalah, anak mak dh pergi negeri orang, mak siapa tak rindu betul tak?.

roomate aku lain pulak ceritanya. bila dapat tahu mak dia request as a friend, roomate aku terus deacivate account. khuatir kalau mak dia pegi baca comment2 beliau katanya. haha.

tapi sekarang zaman mungkin dah berubah. social networks sekarang bukan untuk golongan remaja semata-mata, bahkan golongan profesional turut memiliki facebook.
sebagai contoh.....cikgu-cikgu aku ada facebook. siap main application dalam facebook. cikgu sejarah aku suka main farmVille, suruh aku main lagi. x bole blah. cikgu sorg lagi suka main mafia wars, bertanding dengan pelajar siapa level paling tinggi. huh....

pengetua aku pun ada facebook ngko tau...haha.. nak komen beliau pun rasa bersalah nak guna ayat-ayat singkat or rojak2 seperti yang kita selalu guna pakai. adoi...
ini facebook pengetua aku... pengetua cemerlang oke. orang negeri sembilan.


ni aku tak kenal siapa. sekadar menjadi gambar hiasan. jugak seorang ibu, *sila lihat tahun lahir dan status beliau*


secara keseluruhannya, bila golongan ibu, spesifik, emak kita sendiri memiliki facebook, aku boleh simpulkan dalam satu perkataan, iaitu "comel"....haha




p/s: nasib baek nenek aku takda facebook jugak. XD
















........

4 comments:

senandung semalam said...

hebat mak ko...
mak aku klau sruh wat bnde2 cm ni jgn harap..
buang mase katenye...
hahahahaa

Unknown said...

aha... bagi sstengah org penting..
kalo mak ko bukak facebook, abes lah, bukak mesyuarat tingkap ibu2...hahah

The lady said...

mak aku kalau da ber FB hmm siap ah. jgn dikacau hahaa

Unknown said...

haha... mak2 ni on fb x lama...paling lama pun sejam... xde nye nak pegi add2 org...
mak aku ada 9 org je friends...XD