Monday, June 28, 2010

subsidi ditarik balik?

hidup tanpa subsidi. Adakah kita mampu hidup selesa seperti sekarang? Bergerak dengan mudah yang minyaknya mendapat subsidi kerajaan? Subsidi merupakan perbelanjaan yang harus ada dalam islam, iaitu wang perbendaharaan yang dikeluarkan untuk membantu golongan sasaran, terutamanya golongan miskin. "mampu beli"



ahli ekonomi bertanggapan bahawa kwujudan subsidi ini sebenarnya mengherotkan ekonomi kita masa ini. jika kerajaan terus memberikan subsidi, boleh menyebabkan Malaysia lingkup seperti yang berlaku kepada negara Greek.




Tetapi, bukankah asas kewangan dan ekonomi negara kita sebenarnya sudah begitu kukuh? bukan subsidi yang mengeruhkan ekonomi, Apa yang menjadi masalah sebenarnya adalah ketirisan yang berlaku dalam perbelanjaan, iaitu, banyak wang yang dibelanjakan oleh kerajaan tidak sampai kepada sasaran, sebaliknya hanya memenuhi kantung pihak tertentu.




maknanya, jangan ketepikan subsidi kerajaan, kerana rakyat masih memerlukannya, terutama golongan miskin. Sebaliknya, kita perlu lebih bijak dan cekap dalam menguruskan kewangan, agar ketirisan dalam perbelanjaan dapat dielakkan daripada berlaku. Rakyat masih memerlukan subsidi kerajaan!!!


kata "rakyat diDAHULUKAN, Pencapaian diutamakan"










......

No comments: