Wednesday, September 01, 2010

kita fikirkan..

 


bulan ramadhan
antara hikmah yang terkandung ketika sedang kita berpuasa
kita merasa kesusahan golongan miskin
 terpaksa menahan lapar kerana tidak memiliki tiket dunia (wang ringgit) untuk memiliki sesuatu
meskipun makanan dan minuman
adalah perkara yang hampir mustahil mereka miliki
jika tidak mendapat belas raih simpati daripada mereka yang berkemampuan
seperti kita




namun apa yang kita rasakan ini adalah begitu kecil jika hendak dibandingkan dengan apa yang terpaksa mereka hadapi sejak sekian lama
kita berpuasa, rasa lapar dahaga sakit perut, bibir kering, lemah
namun jauh dihati kita, waktu maghrib nanti, semua ini akan berakhir
 namun bagaimana pula dengan mereka?
sampai bila kelaparan mereka harus kekal mengheret diri kepada kesengsaraan?


jika kita nak tengok golongan miskin dimalaysia ini sudah cukup beruntung
bagaimana pula dengan negara luar?

di Afrika?
Negara kering, 
Air tiada, Makanan apatah lagi

di negara bergelogak dengan peperangan?
bukan sahaja berlapar, namun terpaksa bermandikan darah ayah dan ibu sendiri
tidak cukup dengan itu
ketakutan dan kegelisahan menghantui diri
dek peluru hidup tidak bermata memburu setiap pelusuk tubuh
rumah sendiri kini menjadi tempat paling bahaya
lorong-lorong tikus itu menjadi tempat tidur













burung helang itu sedang menunggu mangsanya yang rebah menyembah bumi
lemah tidak bermaya







gambar diatas saya peroleh dari google image. tiga kanak-kanak ini sedang bersembunyi di sebuah rumah di Gaza. Dan tidak keluar dari tempat itu kerana takut.  mereka disitu ditemani mayat ibu mereka sendiri.

















3 comments:

.::annemishi::. said...

bersyukur atas apa yg ada. T.T

senandung semalam said...

kesian nye...
;(

kumbang hitam said...

hanes... salam perantauan dow..
adelaide kaya raya kn..