Wednesday, June 08, 2011

aku pernah masuk sekolah tentera..ye betul..

aku pelik
korang tak rasa pelik ke?
time ade kelas, mase masih kat UM, rajen gila nak update blog. 3 post sehari, padahal 3 minggu lagi nak exam...hah.. tak leh blah...
sekarang bila dah cuti, huh, bukak blog pun stakat kat dashboard ja...tengok apa budak2 lain tulis...(tengok je??!)
tak tahu lah apa yang malas sangat...nak kata takda masa, tipu sangat laa kan...
bukan nak kata apa, banyak lagi perkara bermanfaat boleh dibuat kat rumah ni selain mengupdate blog...baca buku talley umpamanya (ok ini tipu, sila jangan percaya)



....



pagi tadi lepas subuh aku mimpi benda yang bodoh..haha aku kena kat sekolah. kena denda warden. ye lah, dulu aku sekolah asrama penuh. jadi warden tu kira macam orang yang jaga kitorg lah (saja nak bagi tahu, kot-kot lah ada yang bongok baca blog aku kn)hahah kidding. Bukan aku sorang kna denda dalam mimpi bodoh tu, ramai lagi. kitorg kena berbaris. berdiri. yang pelik nya kitorg bukan kat sekolah, tapi kat tepi pantai. kat luar gua. haha.. ada unsur-unsur hantu, makhluk halus bagai. bongok sikit lah mimpi ni. Jadi teringatlah dulu-dulu masa kat sekolah ktorg selalu kena denda. dulu warden kitorg tegas. Kalau part denda tu, huh, kejam jugak lah. Rasa macam kat kem ketenteraan lah pulak. Sesekali aku fikir, betul ke sekolah ni yang aku apply dulu. Warden kitorg ada satu prinsip - "sorang buat salah, semua kena". nak bagi semangat kerjasama dan bersatu padu lah bagai.



antara yang aku ingat lah kan
masa tu minggu exam taw. aku form 2. esok nya aku ada exam sejarah. aku tak tawu sebab apa tapi yang penting aku tak study apa pun lagi untuk exam esok. dah balik dari kelas prep malam tu, aku sambung rr study kat bilik study asrama kan. baru bukak page 1. dalam pukul 1030pm. tetiba warden ade kat asrama ktorg, then suruh kitorg bkumpul kat luar asrama. Semua satu block kena berkumpul kt luar. aku dengan nervous pun keluar lah, sebab bunyik warden tu pun dah macam mengamuk (3 org warden rr). dah berkumpul tu kitorg disuruh buat barisan panjang. dia mula lecture pasal apa ntah kesalaan ktorg masa tu.
come on lah. esok exam pun tak boleh consider ke? aku dengan baju melayu(baju prep).tak tukar pun lagi baju aku. dengan sandal. oh ya, aku tak singgah bilik pun masa tu, dari kelas, direct terus masuk bilik study. tetiba kena denda berdiri kat luar. lama jugak lah. dekat nak pukul 12 baru dia lepas kan ktorg. Naik gatal kaki aku, nyamuk.
bila dia dah lepas tu. memang tak lah aku nak sambung study. siapa suka kena denda. padahal bukan salah aku. dah takda mood da nak study. ngantuk pulak da. penat kena lecture memanjang. rasa nak ngangis pun ada gak masa tu, ye laaa tak study apa lagi. kne kacau. lupa apa jadi dengan paper sejarah aku masa tu. tapi MCQ je pun kan. bulat-bulat.
masa tu, masih budak lagi. kalau warden tengah marah, kita takut lah nak bersuara yang kita nak study. budak-budak dulu memang takut giler dengan cikgu.



satu lagi yang aku ingat.
masa tu sehari sebelum start bulan ramadhan. (hah, masih ingat kot). masa tu form 2 jugak.
petang tu lepas kelas KO-KO, balik asrama lambat. dalam pukul 545pm. dah nak senja dah. mandi lah dulu kn sebelum pergi makan. (ktorg kat sarawak masuk maghrib awal, dalam pukul 630 gak r). masa tengah mandi tu, budak-budak yang lain tengah sibuk mandi dan MENlALAK. ye lah menyanyi, tak kesah lah sumbang ke tak. semua pun melalak. (korang tawu x apa melalak??, takut lah kan tetiba guna bahasa sarawak kat sini kang tak paham, Melalak kiranya macam menyanyi menjerit lah macam tak ingat dunia..hahah) Aku masa tu tengah basuh baju kat luar tempat mandi, sesekali pun join lah melalak. LOL. tetiba warden datang then suruh kitorg berkumpul kat depan asrama. jadi kitorg yg tengah basah2, dengan aku yang topless hanya mampu gapai tuala je nak pergi berkumpul.
ingatkan just kena berkumpul. rupanya dia suruh berlari pusing padang. dah lah padang tu memang kat tengah tengah. budak perempuan boleh tengok arr. MALU seyh...serius.. Aku hanya mampu bersimpati kat kawan-kawan aku yang tak sempat ambil tuala untuk cover body. kalau ketul-ketul takpa lah jugak kan. INI kendur berlipat-lipat. malu wooo.....adeh... aku yang kering bertuala pun malu...kitorg gelak-gelak je masa lari tu. berlari dalam berkumpulan, so, boleh lah cover2 sikit. hahah
sesekali teringat benda ni boleh gelak sorg-sorg...serius..



ada banyak lagi kenangan. senior aku lagi teruk, kena denda pusing padang (padang yang budak2 wat olahraga). entah berapa pusingan diorg kena malam tu. dah lah padang tu waktu malam memang gelap hitam, tak nampak apa. senior aku sorg ni badan dia besar sikit lah, of course masa diorg berlari tu, dia paling terbelakang. Masa dia berlari tu, dia dengar ada orang berlari kat belakang dia. Padahal dia yang paling last. if you know what i mean....


kitorg pernah kena buat kelas prep malam sampai pukul 4 pagi. Satu batch laki perempuan kena denda berdiri depan blok pentadbiran untuk 2 jam lebih masa prep malam gara-gara sorg batch aku kantoi bercouple. haih, banyak lagi lah.










ini gambar aku sebelum masuk sekolah menengah Sains Miri. tengok??!! sekarang apa dah jadi...??haha











tujuan aku tulis benda ni, sebab mimpi pagi tadi buat aku teringatkan kisah-kisah ni. Bila teringat balik denda-denda ni semua (lebih banyak ok), aku rasa kejam pun ada jugak. ye lah aku tak buat salah pun kena denda. aku dihantar kesekolah ni bukan untuk menjadi tentera. dan kalau nak mendisiplin kan aku bukan dengan cara ketenteraan. Terima kasih jugak lah kat warden-warden tu, sebab dah jaga aku. didik aku. sekarang aku turn out menjadi orang yang baik. Tapi kan, bila aku tengok kawan-kawan aku dari sekolah yang lain, lebih kurang je macam aku. aku takda lah lagi berdisiplin dari diorg. aku takda lah lagi baik dari diorg. padahal ada lagi yang lagi baik dari aku. kawan-kawan aku budak sains miri yang lain pun xda lah bagus sangat. jadi aku tak nampak sangat lah keberkesanan didikan yang diberikan. sesekali aku fikir didikan yang seperti ini buat sesetengah kawan aku memberontak (macam FLY, ponteng kelas, minum arak). Tapi still, aku sangat menghargai usaha-usaha warden-warden tu, walaupun usaha diorg tu MAYBE KURANG BERKESAN, namun sekurang-kurangnya ada jugak lah memori yang best untuk aku bawak masuk ke dalam blog aku ni. untuk aku ceritakan kat anak cucu aku kelak. Terima kasih Warden, Ustaz Azhar, Cikgu Shahrul, Cikgu Hisyam. *walaopun diorg tak akan membaca blog aku, tapi takpa*









.....

3 comments:

miss aini said...

mimpi je pon..
ko tau last few days aku mimipi red box sebelah library *aku berfikir,camne org dlm library nk belajar bila kat seblah org melalak2?* haaaa

kumbang hitam said...

eh...yg ni betul lah..
best giler redbox sblh library, kalau tension study, pegi masuk kotak merah, pastu melalak lah lama2..
red box tak bising sangat kot. sbb bilik dia kan kalis bunyi.. :)

miss aini said...

ade lagi2..nnti aku hapdet blog!