Wednesday, May 26, 2010

ape ngko ingat ngko Ziana Zain?? ~azwan ali pny style~

4 catatan kumbang lain
sekebun cinta yang berbunga
mekar berdiri dan berduri
aku yang asli didalam mekar
bila terbit mentari, menguntumlah
*petir**halalintar serta anak bininya*

ohhh...sungguh syahdu dgr lagu kak ziana zain pagi2... tsk...tsk...


kisah malam semalam
ktorg family makan dinner kat luar. kedai tu memang ramai pelanggan. boleh dikatakan setiap kali ktorg makan situ, kedai tu memang tak lekang dek pengunjung. sentiasa ramai. ramai yg kesitu pun sebab ayam penyek, entah tak sedap mana pun aku makan. mlm tadi makan benda lain pulak, tak nak ayam penyek lagi dah. cukup. tak best. jemu. okeh

pokok pangkal sebenarnya, aku terjumpa membe lama time sekolah rendah dulu. lama gler tak jumpa. bandar bintulu ni kecik je pun. nama beliau asyikin. ktorg satu kelas dari darjah 2 sampai darjah 6. Bole? (in fact, darjah 2 sampai darjah 6 takde rombakan kelas, memang semua dlm kelas yang sama). dari nama beliau pun korang dah boleh agak jantina beliau bukan? kalo tak dapat jugak, sila cari dalam buku teks. oke?


beliau datang dengan parents beliau. ya aku masih ingat muka mak bapak beliau. bukanlah ingat, tapi familiar. muka parents beliau tak banyak berubah, cuma makin tua. ya of kos lah. beliau baru masuk kedai tu time ktorg dah amek order. maksudnya, aku sampai dulu lah. nak tegur beliau walaupun perempuan, bukannya masalah, betul tak. kawan lama. tapi beliau pandang aku dengan tak de perasan. ehh, mungkin pandang aku tapi cepat-cepat larikan anak mata. uhuk...uhuk... boleh pulak kan. takpe2, kita assume beliau memang tak nampak.....aha kena think +ve. oke takpe, ko tak pandang aku... yang penting aku makan!!...

baik... masa dah abes makan, ktorg family pun balik. takkan nak tido situ.haha. aku keluar lalu depan meja beliau bole. aku lalu dengan langkah perlahan supaya boleh tegur beliau. aku siap angkat tangan and tunjuk f*ck senyum. (sambil sebelah tangan aku pegang mak aku. yang terus melangkah keluar. means, aku tak akan stop ke situ)
apa yang membuatkan pertemuan malam tadi menjadi isu untuk entri ini is her expression lepas pandang aku. erk... tak. tak. beliau tak pengsan. takda lah teruk sampai mcmtu skali. adoii.. okeh, expression beliau cam nih... dahi berkerut 14 lipatan, kepala kebelakang sikit, mata berkelip2 ala2 ziana zain tengah buat high pitch...bole? hahahah.. jom kita cerakinkan sebarang kemungkinan yang boleh menjadi interpretasi terhadap ekspresi beliau.

1. " kenapa mamat nih, nak teckle aku pun takyah lah depan mak bapak aku, adoii"


2. "erk!!....do i know you?"

3. "ehhh, asri tegor aku lah, mati aku. tadi buat2 tak kenal. camne ni. buat muke blurr lah, supaya dia tahu aku tak kenal beliau"

haha


4. "ehh, asri lah. lama tak jumpa. buat muka camnih, aku nampak canteq dan comel dengan muka ni depan cermin. biar beliau jatuh cheentaaaa sama aku. weeeee"

5. "dia lambai aku ke lambai orang belakang"

6. "erk orang gila mana pulak niii... dah lah lambai aku depan mak bapak aku. mati aku kena kenen2kan ngn ko kat rumah.... matiii.... ekspresi camgini sesuai bila bertemu dengan orang gila"


7. "asri asal ko lambai kat akuuu....depan mak bapak aku pulak.... buat muka cam gini lah, nampak yang aku mmg tak kenal ngko.. jadik parents aku tak syak apa2"


8."ehh muka budak nih macam pernah tengok. dalam tv ke? ehh pelakon kot"


what do you think guys.?... banyaaak possibilities, includes the silly ones. yaa could be.haha
tak nak wat statement kat sini. kalau beliau baca blog aku. hancur pecah berkecai hati beliau. uhuh

aku tahu parents beliau tengah pandang aku. aku tak expect pulak beliau akan buat ekspresi begitu. jadik malu pulak aku dengan parents beliau. super annoying dgn muka blur yang beliau bagi. seyes aku jadi malu. sungguh berguna pegangan tangan mak aku masa tu, bole manarik aku pergi.
suppose aku tak yah layan rasa malu, walau annoying manapun, stop kat meja tu, and ingatkan beliau balik who am I. baru bijak. salah aku lah kan. lambai orang, pastu biar beliau dlm keadaan blurr.haha budak-budak

setakat ni, hampir semua kawan-kawan sekolah rendah yang aku jumpa kat celah2 mana, semua kenal aku. well, orang popular. erk!!!!...hahah


sesungguhnyah kamu anggapannya untuk meraih impian
terletakmu dihalaman
pemusnahmu adalah KUMBANG
runtuh bilamu kelayuan
impianmu adalah masa untuk menikmati segala
belum pasti dirimu bahgiaaaa



lagu ni memuja kutuk blog aku dow....XD
kejam!!!??!










p/s: aku baru nak letak gambar kelas time darjah 5 dulu. tapi gamba tu dh xda dlm fesbuk. membe aku yang letak gamba tu dah buang aku jadik kawan dia. erm... buang dari fesbuk... gara2 pakwe dia tak bagi add boys. haha xpe and nak tahu??...baru kejap tadi aku bukak fesbuk, and ada sorg request as friend. guess who??...haha "watak utama dlm entri ni"... terkejut king kong bole?haha...ingat pun lagi kat aku yee joyah..

.....

Monday, May 24, 2010

strymyx agak tolol

6 catatan kumbang lain
yaaa... tidak seperti tajuk diatas, entri ini tidak berunsur emo dan berapi-api. maka dengan itulah sila baca dengan rasa selamat. sehari aku tidak dapat online gara-gara strymyx buat hal. yaa seperti yang anda baca, aku rasa sangat kecewa. hai strymyx....stymyx....sekarang sudah baik dan elok lagi molek. kalau tidak, memang blog aku hanya tinggal debu debu dan habuk serta labah-labah yang sibuk membina sarang sawang nya sebab tidak disentuh oleh tuan punya blog mahupun pengunjung.

thanks to BrO technician dua orang yang singgah ke rumah tadi. walopun sebenanya tak ada beza pun diorg datang ke tidak sebab bukan masalah router rumah aku tapi sebaliknya port diorg. bole?

okeh..
itu crita pasal strymyx di rumah aku. now nak crita psl broadband pulak.
well, before this, masa kat UM, aku guna p1wimax. dah dekat setahun aku melanggan. by this july, kontrak aku akan tamat. maka, aku ada dua option, either untuk
A. terminate melanggan OR
B. sambung terus guna wiggy broadband yang mereka tawarkan free kepada aku.



aku dalam dilema. sama ada A ataupun B??
kenapa nak pilih A??
sebab aku diprovoke oleh kawan aku yang sudah sebulan lebih menggunakan maxis broadband. yaa aku rasa korang pun tahu maxis tengah buat promotion sampai 31 mei, yang boleh dikatakan sangat murah jika dibanding dengan musim bukan promotion. satu je sebab kenapa aku nak maxis broadband, sebab laju. seperti kata beliau, tengok youtube xyah tggu buffer, maen tengok je, bole?? monthly payment tak sampai rm70 is OK (rm68 per month). walopun p1wimax yang aku pakai sebelum ini jauh lagi murah which is rm49, tapi tak selaju maxis broadband oke..

maka aku and datin pun bertekad untuk beralih kepada maxis broadband. kenapa suddenly datin?? sebab sumber kewangan aku sekarang adalah beliau. keh keh keh
oke. sambung balik. kitorg pun bertekad nak dapatkan satu. semalam, ktorg melangkah penuh semangat menuju ke maxis booth kat bintulu ni yang diorg buat cam khemah kat luar newWORLD mall. masuk masuk masuk

aku : maxis broadband??
brader tersebut : ohh dekat sini belum ada maxis broadband.
aku : what do u mean belum ada??? ~sila buat nada arrogant~
brader tersebut : pendaftaran ktorg tak buat kat sini, kalau nak ada kat miri ngn kuching SAHAJA. tapi maxis broadband coverage ada kat bintulu...jgn risau

aku fikir fikirkan lagi
hujung minggu ni musim gawai. dan aku akan kesibu bertujuan untuk pulang ke kampung dan bukannya untuk merayakan perayaan gawai dayak. kenapa? sebab aku berbangsa melayu sarawak. bole??...x boleh jugak??.. sebab gawai disambut oleh bangsa IBAN dan DAYAK. bole paham?

mung dok pehe kawe pehe kan mung dengan cara lain pulok....XD

31mei hari ahad. hujung minggu ni aku gi Sibu. bila pulak masanya aku nak pegi miri or kuching?? aku try minx tolong kawan aku sorg lagi untuk dptkan untuk aku. harap beliau boleh bagi tangan (kalo dalam english "give a hand")


maka dengan ini------> kalau aku A confirm x dapat, maka aku akan pilih B... betol x??

okeh. then aku nak crita pasal fesbuk. malam tadi aku dapat SMS dari sorg kawan satu course kat UNI. meses tersebut diforward. mungkin korang dapat meses yang sama. sumting tentang melukis Nabi Muhammad SAW. jadi SMS itu minx kerjasama untuk bersama2 memboikot fesbuk ini dengan tidak meLOG IN sampai 31mei ini. (wah sama tarikh dengan tarikh tutup maxis brodband promotion).

keGILAan orang bukan ISLAM, untuk membangkitkan kemarahan ORANG ISLAM. diorg tahu melukis junjungan besar NABI MUHAMMAD adalah satu isu sensitif bagi umat islam. mengapa gatal sangat nak anjurkan? kenapa tak lukis je bush ke... lady gaga ke.... kucing aku ke... mungkin diorg tengah gelak2 tengok ORANG ISLAM mengamuk dibandar2... please STOP THIS CHILDISH THING. NAK MAIN, MAIN LAH BENDA LAEN, MAIN BLOGGING KE MACAM AKU enn. mungkin kah suatu hari nanti akan berlaku perbalahan atau rusuhan agama (dulu rusuhan kaum kn)??.. aku terbayangkan lah suasana huru hara yang besar... maen sembelih2 orang...kejar2 dengan sabit.... bakar rumah2.... lari situ....sorok kat sini..... bayangkan..... where to run?? where to hide??


pastu nak cita pasal akademi fantasia pulak..
yerp, aku tak ikut pun akademi fantasia ni. aku kat uni mana ade masa nak tengok tv... ada masa utk tengok series aje oke. hak hak hak.... tetiba tengok final kan. sangat blurr. sebab tak tau ape. tu pun nasib teralih ke channel RIA. Jadi aku start tengok masa first perfomance si maulana. lepastu si shahir yang perform, dari situ aku dah agak dah dia menang. well aku kan hebat. *Ujub, takbur, bongkak, sombong, riak* haha




dah...aku sudah mulai speechless untuk menaip.














..........

Friday, May 21, 2010

hari ini ada orang sangat gembira

1 catatan kumbang lain


baru dapat berita dari beliau. beliau yang mana?. yang tengah duduk dalam gambar itu. yang mana satu? beliau seorang sahaja disitu, adakah mata engko juling sebelah? <---tidak perlu jawab

apa pengkhabaran beliau? beliau mendapat tawaran belajar perubatan ke Czech Republic (sori kalau salah eja) aku cuma tahu menyebutnya sahaja, tapi tak tahu mengeja. sebut:zerg republik. bole?

for sharin good job girl.!!! walaupun kita x dapat studi sama di UM. walopun ko x dapat jadi my junior again. walopun ko x dapat rasa apa yang aku lalui, its ok girl. u got a better offer. u gonna be a doctor too. rite? thats the greatest thing.



okeh...untuk penjenguk blog beta. beliau merupakan junior aku sewaktu di sekolah menengah sains miri dahulu. aku tingkatan 3, beliau tingkatan 1. aku kenal beliau kalau tak silap masa minggu ukhuwah apa ntah lupa lak nama aktiviti tersebut. beliau dan aku, both naqib and naqibah, and jadik fasi untuk satu grup masa minggu aktiviti tersebut. dari situ dia jadi junior paling rapat aku selepas hadi (korg x kenal, tapi beliau kenal).



beliau dapat result SPM yang gempak dengan result 9A1B. dan malam ini sepatutnya flight beliau ke KL untuk mendftar ke PASUM pada hari ahad ni. PASUM where i do my foundation before. tapi petang ni keputusan JPA keluar dan Alhamdulillah, beliau berjaya mendapatkan tempat untuk biasiswa tersebut. jadi malam ni beliau tetap ke KL, tapi atas tujuan melancong, well tiket takkan nak burn kan.



sharin, SYUKUR kat ALLAH atas pemberian-NYA. this is reallly BIG. Super BIG anugerah dari-NYA. orang lain tak dapat tau. SYUKUR sangat2. do u still remember what i told u??... Allah akan bagi kita apa yang terbaik, mungkin buruk dipandangan kita, tapi itulah yang terbaik untuk kita. mungkin sesuatu itu baik dimata kita, tapi sebenarnya mungkin menjahanamkan kita. we would never know. ALLAH tahu. and now,ALLAH give u got both. now u choose.

CONGRATULATION!!!!
happy for you =)


readers, i have link her blog. where?? click the first picture (top-most)

sorry sharin, i steal ur picture from facebook..haha.. if u dont mind =)



















..............

schollarship for medical student in local university

12 catatan kumbang lain

kenapa buat entri ini?
semasa aku melayari facebook, hobi aku adalah membaca wall orang laen. haha. maka, aku terbacalah wall sorg budak pasom nih. baru dpt result. budak 4 flat lh kan. nak amek medic. beliau menyatakan kebimbangan tentang schollarship semua bagai. beliau ini orang susah katanya. dan beliau ini bukan dalam friendlist aku, jadi xley lah nak tinggalkan comment disitu. jadi aku mencari alternatif lain iaitu dengan menerbitkan entri baru. dan blog ini jugak boleh dicapai menurusi google search engine. memandangan mesti ramai lagi bdk2 pasom / matriks / stpm dan sewaktu dengannya tengah terpinga2 dan terkapai2 (maaflah BM aku buroks) untuk mendapatkan scholarship. maka, adalah menjadi harapan agar entri ini sangat berguna untuk anda.

memang betul, yuran pengajian perubatan sememangnya mahal, bagi yang kurang berkemampuan, tanpa schollarship, memang susah nak studi sebab asek memikirkan duit. lainlah macam aku...anak dato'... (sila jangan layan!!!)hahahaaha *Gelak KeJam*


jadi macam mana nak studi ni wei? duit takde!!!
oke... sila baca statement dibawah sebaik mungkin dan ulang sebanyak mungkin sampai anda puas hati..bole??
sapa2 yang amek medic , dental , bPhram korang x perlu risau, sebab korang memang akan dapat schollar JPA. JPA nanti akan dtg g fakulti and edarkan surat tawaran and borang tersebut kat korang dalam mid-July. korang isi dan poskan balik ke JPA sebelum tarikh tutup. dan siapa yang pos balik borang2 tu memang akan dapat schollar oke. kalo korang terlebih kaya, korang boleh tolak tawaran tersebut. atau bagi kat kawan yang lain supaya dia bole dapat double(hak hak... jangan percaya oke)

bagi yang under JPA masa matriks or asasi, kalo korg amek kos2 seperti yang tertera diatas (medic, dental, bPharm), kisah nya pun lebih kurang sama. cuma korang tak perlu isi borang2 yang korang dh isi time asasi dahulu. masa JPA pegi fakulti tu, diorg akan explain every single thing. u can even ask them personally. oke.

bagi budak2 yg amek kos kritikal yang lain cam engineering, sains, maths, biomed, law or what-so-ever, you still can apply for JPA thru esila (if not mistaken), nanti akan dibagi tahu masa korang orentasi. nanti tanya fasi-fasi yang ada oke. diorg boleh tolong. selalunya yang dpt jpa is those yang pointer 3.5 above masa asasi/matriks. if korang below, apply sahaja, kot2 boleh dapat. tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu. <---nak kena jawab ke??

budak2 kos medic,dental,pharm tidak perlu apply thru esila. sebab memang akan dibagi selagi anda amek kos itu dimana2 universiti yang ada di MALAYSIA.




cukup ke duit schollar tu ekk??
lebih dari cukup.
bdk2 dental, pharm, medicine = rm6300 per semester (sbh/swk = rm6700)
budak kos laen = rm5000++ (not sure the exact figure.)





okeh?..harap entri ini membantu. sila sebarkan kat kwn2. jangan biarkan diri anda diselubungi dilema tentang schollarshp.
i will entertain if u do hv q's...leave comments oke.



















......

Wednesday, May 19, 2010

Skins Ending season 1

4 catatan kumbang lain
baru habeskan season 3...
season 1 the best season among all... season 2 pun ok..
tapi season 3 hampeh, menyampah tengok, buang g sampah jela.... season 4?? tak tengok lagi, ntah xde mood nak tgk season 4, x donlod pun lgi...tgh donlod series laen pulak..

aku letak kt cni ending skin utk season 1...
ending dia cam unik sket....dia guna lagu Cat Stevens kalo korg kenal penyanyi lama....haha
ending die look perfect skali dgn lagu ni.... garenti korg pernah dgr lagu ni...




Now that I've lost everything to you
You say you want to start something new
And it's breaking my heart you're leaving, baby I'm grieving
But if you want to leave take good care
Hope you have a lot of nice things to wear
But then a lot of nice things turn bad out there

Oh, baby, baby it's a wild world
It's hard to get by just upon a smile
Oh, baby, baby it's a wild world
I'll always remember you like a child, girl

You know I've seen a lot of what the world can do
And it's breaking my heart in two
'Cos I never want to see you sad girl, don't be a bad girl
But if you want to leave take good care
Hope you make a lot of nice friends out there
But just remember there's a lot of bad and beware

Oh, baby, baby it's a wild world
It's hard to get by just upon a smile
Oh, baby, baby it's a wild world
I'll always remember you like a child, girl

(Instrumental)

Baby I love you
But if you want to leave take good care
Hope you have a lot of nice friends out there
But just remember there's a lot of bad and beware

Oh, baby, baby it's a wild world
It's hard to get by just upon a smile
Oh, baby, baby it's a wild world
I'll always remember you like a child, girl

Oh, baby, baby it's a wild world
It's hard to get by just upon a smile
Oh, baby, baby it's a wild world
I'll always remember you like a child, girl

Sunday, May 16, 2010

Saturday, May 15, 2010

keNapa haRus ada piliHan RaYa....

0 catatan kumbang lain


pagi tadi terbangun awal....dan takda nafsu untuk tidur balik..
my mak (datin salbiah) bagi cadangan untuk temankan beliau menghantar my bapak(dato' afandi ke pejabat)....
Hari Sabtu?? ----> bapak aku ada projek luar katanya...
tiada pilihan lain, aku hanya ada satu option untuk dipilih....iaitu untuk bersetuju..
aku ikut je lah... sian pulak mak aku driving sorg2... mase aku kat U pun die driving sorg2...apalah kiranya aku mengisi kekosongan yang beliau sering alami diketika aku tiada... (tetiba aku rasa ayat aku begitu dramatis...TT)

itu pendahuluan... pangkal cerita yang hendak aku bawakan untuk entri kali ini adalah tentang kesesakan lalulintas...


sekarang aku bagi 5 minit untuk korang fikirkan apakah link diantara

kesesakan lalulintas <--> Pendahuluan aku <---> Tajuk Entri ini













"aku tahu pembaca aku bijak... ada otak yang geliga dan pandai.. "
















jawapan : aku, Datin serta Dato' terperangkap didalam kesesakan lalu lintas.... dato' turut mengatakan bahawa kesesakan ini berlaku setiap hari... untuk elak dari terperangkap, beliau terpaksa bertolak ke pejabat dengan lebih awal... perkara ini diburukkan lagi dengan kemalangan jalan raya yang kemungkinan besar boleh berlaku.... semua ini dipercayaai disebabkan oleh ketidaksistematikkan (hakhak) jalan raya yang dibina oleh jabatan kerjaraya. Masalah ini boleh diatasi jika Jalan Raya ini diubah suai. Ini bukan seperti KL oke, ini Bintulu je kot nak JAM sangat rediculous. perkara-perkara ini semamangnya telah diketahui oleh pihak kerajaan, khasnya ADUN bintulu yang aku tak tahu siapa, yang aku tahu beliau berbangsa cina. Dimana ADUN dalam menangani masalah rakyat??.. Adakah masalah ini hanya dilayan pada musim pilihan raya??....










kecewa........

Friday, May 14, 2010

simple + interesting = feel goOd

0 catatan kumbang lain
video ni dah lama... tengah hari tdi before gerak g mandi for jumaat prayer, channel V kot yang maen semua lagu2 Beyonce...termainlah music video beliau yang ini..
agak over Beyonce dlm music video ni. terlalu sexy. sejak bila beliau tak sexy??..aha.. hari tu aku tgk MV beliau yang "sweet dream" kot, my cousin yang tunjuk, kalau beliau tak tunjuk, aku takkan pernah tengok MV Beyonce oke... bapak melampau dia menari...sila tekan play kalau nak tengok.










kalau tengok music video ni, Beyonce dengan 2 orang penari, pastu kat belakang blank...simple.. sangat simple dia buat... tapi aku tgk ramai aje yang suka... termasuk aku sendiri... kenapa??... sila rujuk buku teks oke..



and beberapa parody yang dibuat... boleh carik dalam youtube...ada berlambak... tapi yang aku link-kan dlm entri ni sangat sangat sangat kelakar oke.... sila tekan diSINI dan diSINI .. video is about watching not reading....am i rite??














.......

Thursday, May 13, 2010

cuti aku dan cuti selamanya

3 catatan kumbang lain
yaaa...aku bosan dok kat rumah...tapi aku suka berada di sini. kenapa? sebab aku tengah bercuti. (jadii??) i love holiday so much!! (masih tak paham) bila dah masok medic baru ktorg menghargai cuti2 yang ada. korang mungkin blurr tahap gaban king kong diatas apa yang merepek ni. DUA bulan lebih pun jadik lah. agak lama 2 bulan. macam2 boleh dibuat. kalo mr.X kawen masa awl2 cuti ni, masa aku dah kena balik semula ke uni conform perut si isteri dah boroi betul x??.. 2 bulan saaangat lama.

perancangan masa cuti...

tak tahu... erm... ade dalam buku x?... perancangan tu ape?? (jangan layan TT)

first of all.... penuhi masa anda dengan perkara-perkara tidak berfaedah dan membuang masa. sebab apa?.. sebab bila dah masuk U balik, nak buang masa pun rasa berdosa, (walopun rasa berdosa tapi still jugak buat..hahah....) lain lah kalo time cuti, buang masa pun tak rasa apa-apa...macam makan nasik tidak berlauk... siap bole cakap
"buang masa? ada aku kesah??"
...hahah.. bole?..

macam mana nak buang masa?... nak buang masa bukan dengan tengok jam dinding lama-lama.... atau bukan dengan tidur meniarap diatas lantai sampai rasa nak makan baru bangkit... atau bukan dengan makan makan makan makan sampai rasa nak tidur baru stop makan... atau bukan dengan CUKUP!!!!aku dah penat...bole??.. minom air jap..

apa yang dinamakan buang masa?? ----->tengok movie2 yang ada walopun dah tengok banyak2 kali... satu hari habeskan satu season series boleh??...nak terlajak sikit sampai masuk season seterusnya pun boleh jugak... but eniway, thanks to strymyx mak aku yang sangat berjasa kepada aku... tanpa benda itu, hidup aku hanya pada astro.... walopun tidak lah selaju maxis broadband haziq...yang tekan je youtube dah boleh tonton sambil peluk-peluk dolphin buddy orang lain (ewww...keji)... eniway binatang tu bukan dolphin oke, itu adalah ikan paus...bole??... mungkin haziq fail exam masa tadika dahulu, ikan paus pun x kenal...hahaha... tapi kalo calcitonin, histamine, omeprazole bagai semua beliau tahu...petik jari jew... =)....iboh manas, iboh paksa dikpun bah mun sik mok...(only he knows what the sh*t is this)


eniway.... apa tajuk entri ni sebanrnya.... erm....ok... aku nak tulis tentang apa sebenarnya.??..


okeh...budak-budak tak senonoh menari... jadi....kenapa??..erm... bukan... bukan tentang ni...




haha... belajar memandu... yes... aku masih lagi jahil dalam memandu... lepas Pasum aku buat sampai dapat "L" sahaja... tengah tunggu cekgu yang chanteq untuk call aku, driving lessons dengan beliau bla bla bla blah bla blew bla bla...
paham??..x paham xpe... nnt tanya cekgu ye adeq...




bulan 6 ni aku dicadangkan untuk menemani Datin Salbiah untuk ke Kuching. (maaflah BM aku burok) Ngko tau tak Kuching itu adalah sebuah bandaraya??..aha...kalo tahu bagos..

tujuan : appointment katanya..
yaa..lama jugak aku tidak kesitu.. last time aku kesitu pun time minggu aku dpt result SPM..lama bukan... dah lebih 2 tahun....erm....tetiba aku rasa 2 tahun tu tak lama... jadi perlukah aku tunggu sampai 5 tahun baru nak pegi kuching??..hurm.. nak pegi lepas 2 tahun ke lepas 5 tahun??... erm....biar aku fikir semalaman...


oh yaa...
kalian-kalian semua dah tengok series ni?




suka dengar assent diorg guna pakai...bole??...
overall tentang teenage life 8 sekawan di britain... terbayang kalo lah hidup aku macam diorg, confirm mak bapak aku dah hantar balik malaysia...hahah
seriusly, kalo x kuat pegangan agama, confirm terhanyut ikut arus remaja2 yang ada kt UK... kat US pun lebih kurang.... even kat malaysia pun macam hampir ke arah itu...haduuuu (oke. why suddenly talk bout this)
diorg memang gemar berparti sakan... parti kat mana??...di rumah kawan...sampai rumah pun jadi cam sarang burung...bole??... aku tak tau mcmana laa mak bapak diorg nak mengemas semua sampah sampah dan kotoran2 dan muntah muntah yg ada selepas parti tu....kesian...

overall tentang : parti...drugs...pills...seks... ect ect ect...
mesti ada : friendship, loves, family, ohhh benda2 yang sewaktu dengannya yang mesti ada dalam semua series remaja.... bole??
series is about watching not reading...am i rite?? jadi sila download dan tengok oke...
malas nAK m3naip lagi dah... penat... ngko tak penat ke membaca??













Monday, May 10, 2010

sekarang aku menjadi seekor kumbang

2 catatan kumbang lain
mungkin aku tersalah makan masa dinner tadi... mungkinkah cicak tergelincir masuk ke dalam kuali mak aku??... for no good reason, blog aku sekarang bukan lagi digelar TINGKAP...its KUMBANG HITAM now..

aku tak tahulah, apa pulak nama blog aku sebulan dari sekarang... engtah2 minggu depan dah ada nama baru... mak aih... bipolar ke apew... (TT)...


sorilah...kumbang aku ni pemalu orang nya...(orang??)... die bagi gambar bontot untuk tatapan...

Friday, May 07, 2010

-hari ini dalam sejarah-

0 catatan kumbang lain
lepas ni boleh lah aku renovate tingkap kasi lagi besar panjang dan lebar...










ALHAMDULILLAH....TERIMA KASIH ALLAH
hari ni keputusan Peperiksaan (Sarjana Muda Perubatan Dan Pembedahan) Medicine Bachelor Bachelor Surgery (M.B.B.S) Phase 1 diumumkan...
dan aku telahpun LULUS dalam peperiksaan tersebut
ini membolehkan aku melangkah ke Phase 2...






Syukur ya ALLAH, engkau mendengar doaku, dan engkau permudahkan perjalananku... setiap sesuatu engkau telah tetapkan hikmah disebaliknya... kejayaan ini juga ada hikmahnya... alhamdulillah....alhamdulillah....alhamdulillah















its getting closer now to be like.....


erm...tak...bukan yang ni...terlalu tua...















haa ni baru betul.... muda kacak dan bergaya macam AKU...bole??

I Love Mathematics

1 catatan kumbang lain

setahun aku meninggalkan maths... rindu pulak aku nak buat algebra...trigo..calculus... nak tekan tekan kalkulator, senyum lebar bila dapat jawapan betul... gila xD...
dulu ni lah subjek paling fevret aku time sekolah... fevret bukan sebab aku genius dalam maths yang sampai sanggup cari kenapa 1+1=2...hahah.. bukan sebab itu... sebab ini lah subjek paling senang (boleh x??)... ramai yang tak suka subjek ni... sori lah aku buat statement....hahaha...
semua orang ada subjek fevret betul tak??... mine is mathematics..tak kisahlah add met ke.... math mode ke...

time kelas aku sangat gemar memancing... kalau budak2 skolah asrama paham lah apa benda yang aku cakap ni... memancing means tertidur dalam kelas... kalo tidur dalam duduk, kepala jadi tersengguk-sengguk mengantuk... tak kira apa subjek... kalau sejarah tak yah nak bgtau lah... cikgu aku elaborate psl sejarah...makin lah aku tenggelam dalam sejarah, as if bed time story laa pulak..kah kah kah... sian cekgu tu, rasa berdosa pulak... masa math pun aku tido oke... dah berkali2 da cekgu tu bangunkan aku sebab aku memancing dengan sangat teruknya...gagaga... aku dudok depan sekali, jadi aku akan jadi bahan gelak kawan2 yang dudok belakang... esp christine, maureanty, pris... miss them all... at least i made u guys happy...



dulu bila dibagi kerja rumah.... kerja addmet dulu yang aku siapkan... selalunya, cekgu bagi pagi tu, petang tu before prep petang abes, kerja add met aku dah siap penuh... untuk apa??.. bila kawan aku tnye msalah add met ni, aku boleh tolong diorg... baik kan aku??.. aku x lokek ilmu oke... jangan salah anggap, ada satu dua soklan yg aku tak tahu jawab, selalunya aku tnye membe sebelah katil aku yang memang power dalam bidang maths ni, nama beliau nazrul yg skrg ni dah kt UK... rindu sama beliau...bole??

dulu time exam sekolah... selalunya add met ni subjek first paper.... jadi night before tu, aku baca topic summary kt ujung setiap bab... balik dari prep, lepas buat kerja koperasi, aku tido before 11pm... alasan??... esok maths, jadi perlu tido yg cukup supaya esok boleh fikir dgn cepat..gagaga bole x?? Alasan Oke... betul lah kan... cekgu aku cakap...xD

bila dapat result add met... aku penah dpt markah 96 yg paling tggi yg pnah aku dpt...tu pun time form 4... time form 4 dulu aku kt dalam kelas elite, jadi half of the class dpt A1... jadi x ley lah nak takbur ujub lagi riak kaaann...TT... time form 5, ada 4 kali je exam oke, empat2 tuh aku dpt A1, oke x??..tapi cekgu marah aku bole?... dia kata markah aku tak pernah improve, improve pun ala kadar aje... haha comel cekgu tu... cikgu Tan SoOn Eng nama beliau.. memang betul... markah aku 82,83,81,84... if not mistaken... tapi aku nak SPM oke... aku ada 5 subjek dalam bahaya, bio, physics, chemistry, sejarah, english... pendidikan islam pun (bole??) haha.. naseb SPM berjaya diselamatkan, walopun english dan est aku kantoi dapat B3.. sejarah lak naseb dapat A2, i tot dpt C ke D ke hape enn.. haha okeh sekarang cite psl maths oke.. pernah sekali aku kene marah cekgu dalam kelas, cekgu add met, sebab aku buat silly mistakes... aku cam no feeling je aku wat mistakes tu, sbb oke lah still A1... and in fact, i am the only one in the class dpt A1.....aku kene BOM lagi teruk dari bdk dpt fail..hahah kelakar gak bila aku kenang balik (aku tengah senyum oke).... tak ape cekgu marah tandenya die sayang... kan??... tambah2 my twin's class is just next door, die dpt 90++, so makinlah aku kene banding2... aku tak kisah, sbb i hv good feeling when teachers expect more from me... so do U rite??

the mistakes i did is not as silly as the picture above....hahaha xD

dulu time sekolah pemberat untuk subjek ni sangat besar... which is 4... senang lah hidup aku iye dok??..

kalau diikutkan hati, aku nak wat degree sumting kaitan dgn maths, tapi i keep on questionning, how far can i go with maths??.. jadik lecturer? sorry seket, berdiri kt depan orang ramai pun takot...haha... jadik researcher??.. nak menang nobel prize dlm maths bole ke??.. masih kabur... masih samar-samar... jadi aku matikan niat untuk bersama Mathematics seumur hidup aku...
sekarang aku buat medicine... which is a lot different from mathematics... biarlah mathematics jadi fevret subjek, bukan untuk aku sehidup semati dengan beliau.. bole??

aku buat post ni bukan nak kata aku genius maths oke... kalo ko bagi aku maths sekarang pun belum pasti lagi aku boleh jawab ke idak... mclaurin apa ntah lagi nama2 equation, banyak dah aku lupa... aku bagi balik kt lecturer pasom aku yang terchentA... jadi apa motif post ini sebenarnya??... fikir sendiri bole??

baru setahun tinggalkan maths, aku rasa cam makin bodo maths... like insiden yg berlaku di sebuah pusat beli belah...

aku : kak, satu jam ni harga berapa kak?
kakak kedai : kalau beli 12... satu rm6..
aku : satu 6 riggt, kalo beli 12 maknanye.....
(aku diam, tengah fikir jawapan sifar yang sangat mudah ni...)
kakak kedai : enam darab dua belas... lima puluh lebih la kan... (akak n pun jadik bengap sifir sebab aku...haha)
aku : erm... 54...eh jap2...(diam, dekat 15 saat tgh fikir enam darap duobelas berape, bengap)...72 hengget...









.............

header tingkap yang baru

0 catatan kumbang lain
hahahaha ( xtau apa yang lawak sangat)
dekat tiga jam aku mengolah header tu...akhirnya dapat jugak seperti yang korang nampak..



apa??... sori lah, nampak cam budak2 sket.. well, aku kan kanak kanak riang... kalo x pun cam budak perempuan...
xapa, dalam sebulan lagi kalo rajin aku tukar lah... kalo tulang aku masih lagi ringan...

bahan bahan diperlukan: jari, kertas bnyk2 kaler, marker pen, gambar2 dalam lappy, gabar2 jumpa kat google, XXXX(sensert, kalo korg tahu mesti aku kene gelak, xnak buat malu diri sendiri di dalam blog sendiri TT)


bila dah upload, tetiba ada ruang yang agak besar kat bawah, scroll kt bwh sket baru nampak post.... cam mengganggu gler ahh, cane nak buwat ekk..
agak tidak menjadi usaha aku...








...........