Monday, May 24, 2010

strymyx agak tolol

yaaa... tidak seperti tajuk diatas, entri ini tidak berunsur emo dan berapi-api. maka dengan itulah sila baca dengan rasa selamat. sehari aku tidak dapat online gara-gara strymyx buat hal. yaa seperti yang anda baca, aku rasa sangat kecewa. hai strymyx....stymyx....sekarang sudah baik dan elok lagi molek. kalau tidak, memang blog aku hanya tinggal debu debu dan habuk serta labah-labah yang sibuk membina sarang sawang nya sebab tidak disentuh oleh tuan punya blog mahupun pengunjung.

thanks to BrO technician dua orang yang singgah ke rumah tadi. walopun sebenanya tak ada beza pun diorg datang ke tidak sebab bukan masalah router rumah aku tapi sebaliknya port diorg. bole?

okeh..
itu crita pasal strymyx di rumah aku. now nak crita psl broadband pulak.
well, before this, masa kat UM, aku guna p1wimax. dah dekat setahun aku melanggan. by this july, kontrak aku akan tamat. maka, aku ada dua option, either untuk
A. terminate melanggan OR
B. sambung terus guna wiggy broadband yang mereka tawarkan free kepada aku.



aku dalam dilema. sama ada A ataupun B??
kenapa nak pilih A??
sebab aku diprovoke oleh kawan aku yang sudah sebulan lebih menggunakan maxis broadband. yaa aku rasa korang pun tahu maxis tengah buat promotion sampai 31 mei, yang boleh dikatakan sangat murah jika dibanding dengan musim bukan promotion. satu je sebab kenapa aku nak maxis broadband, sebab laju. seperti kata beliau, tengok youtube xyah tggu buffer, maen tengok je, bole?? monthly payment tak sampai rm70 is OK (rm68 per month). walopun p1wimax yang aku pakai sebelum ini jauh lagi murah which is rm49, tapi tak selaju maxis broadband oke..

maka aku and datin pun bertekad untuk beralih kepada maxis broadband. kenapa suddenly datin?? sebab sumber kewangan aku sekarang adalah beliau. keh keh keh
oke. sambung balik. kitorg pun bertekad nak dapatkan satu. semalam, ktorg melangkah penuh semangat menuju ke maxis booth kat bintulu ni yang diorg buat cam khemah kat luar newWORLD mall. masuk masuk masuk

aku : maxis broadband??
brader tersebut : ohh dekat sini belum ada maxis broadband.
aku : what do u mean belum ada??? ~sila buat nada arrogant~
brader tersebut : pendaftaran ktorg tak buat kat sini, kalau nak ada kat miri ngn kuching SAHAJA. tapi maxis broadband coverage ada kat bintulu...jgn risau

aku fikir fikirkan lagi
hujung minggu ni musim gawai. dan aku akan kesibu bertujuan untuk pulang ke kampung dan bukannya untuk merayakan perayaan gawai dayak. kenapa? sebab aku berbangsa melayu sarawak. bole??...x boleh jugak??.. sebab gawai disambut oleh bangsa IBAN dan DAYAK. bole paham?

mung dok pehe kawe pehe kan mung dengan cara lain pulok....XD

31mei hari ahad. hujung minggu ni aku gi Sibu. bila pulak masanya aku nak pegi miri or kuching?? aku try minx tolong kawan aku sorg lagi untuk dptkan untuk aku. harap beliau boleh bagi tangan (kalo dalam english "give a hand")


maka dengan ini------> kalau aku A confirm x dapat, maka aku akan pilih B... betol x??

okeh. then aku nak crita pasal fesbuk. malam tadi aku dapat SMS dari sorg kawan satu course kat UNI. meses tersebut diforward. mungkin korang dapat meses yang sama. sumting tentang melukis Nabi Muhammad SAW. jadi SMS itu minx kerjasama untuk bersama2 memboikot fesbuk ini dengan tidak meLOG IN sampai 31mei ini. (wah sama tarikh dengan tarikh tutup maxis brodband promotion).

keGILAan orang bukan ISLAM, untuk membangkitkan kemarahan ORANG ISLAM. diorg tahu melukis junjungan besar NABI MUHAMMAD adalah satu isu sensitif bagi umat islam. mengapa gatal sangat nak anjurkan? kenapa tak lukis je bush ke... lady gaga ke.... kucing aku ke... mungkin diorg tengah gelak2 tengok ORANG ISLAM mengamuk dibandar2... please STOP THIS CHILDISH THING. NAK MAIN, MAIN LAH BENDA LAEN, MAIN BLOGGING KE MACAM AKU enn. mungkin kah suatu hari nanti akan berlaku perbalahan atau rusuhan agama (dulu rusuhan kaum kn)??.. aku terbayangkan lah suasana huru hara yang besar... maen sembelih2 orang...kejar2 dengan sabit.... bakar rumah2.... lari situ....sorok kat sini..... bayangkan..... where to run?? where to hide??


pastu nak cita pasal akademi fantasia pulak..
yerp, aku tak ikut pun akademi fantasia ni. aku kat uni mana ade masa nak tengok tv... ada masa utk tengok series aje oke. hak hak hak.... tetiba tengok final kan. sangat blurr. sebab tak tau ape. tu pun nasib teralih ke channel RIA. Jadi aku start tengok masa first perfomance si maulana. lepastu si shahir yang perform, dari situ aku dah agak dah dia menang. well aku kan hebat. *Ujub, takbur, bongkak, sombong, riak* haha




dah...aku sudah mulai speechless untuk menaip.














..........

6 comments:

jaksyen said...

siapakah rakan anda yang memprovoke itu??? huh berlagak sungguh.

haaa??? maxis breukband sida rah bintulu omg omg

mesti org kedai tu ckp brokband mokband...TAKDE!!!!!(SILE BUAT GAYA PISAU CUKUR)

owh kitak celebrate gawai duhal.. kk eboh minum bnyk gilak :)

kumbang hitam said...

huh...komen lagi??...ye cek poan, nak ape??... *boat gaya pisau cukur, bole??*

jeksyen...pulanglah ke kampung halaman dihari gawai ini.... nenek anda berada dirumah panjang sentiasa menanti ketibaan anda.... jangan pula anda menggunakan cawat naik kapal terbang....bimbang jika anda diusir keluar...*pulanglah dihari gawai*

jaksyen said...

hahaha bengong li jak... kitak lah pakei cawat sambil sumpit wild boar..nak??? nak???? kelak boleh polah roasted pork... uwek!!!

ANIS ASILA said...

shahir memang terbaek. :D

i vote for A, maxis broadband. memang laju. hee. (:

kumbang hitam said...

@jaksyen

adakah anda sedang meludah ke langit terkena muka sendiri??
saya tak tahu menyumpit... tapi saya mahir menembak menggunakan m16!!!! ngko ade?!! ahahhaha

kumbang hitam said...

@anis asila

btol2...shahir power variasi lagu..
layak gak arr jdik juara

kalo ikutkan hati, memang nak sangat2 maxis broadband..tengok lh rezeki..insyallah kalo sempat... tggl brape ari je lg... sedey~~,

eniway....thanks for following =)