Friday, June 18, 2010

kesilapan dalam berpakaian

nak bercakap tentang berpakaian ni memang bukan bidang aku. sebab aku bukan lah seorang yang hot mahupun bergaya bahkan juga Cool. kalau nak pergi mana2 , bukan aku menilai sangat apa yang aku pakai, main pakai sahaja. biarlah, nampak selekeh macam mana pun. haha. tapi setakat simple2 thing ttg berfashion berpakaian ni aku tahu lah sikit2. tu pun banyak yang abang aku ajar. Sabri.



aku kongsikan sedikit kesilapan2 dalam berpakaian. erm lupa, kebanyakkan nya adalah untuk lelaki, yang perempuan kalau nak baca, teruskan, kot-kot bole komen baju2 pari-pari para-para lelaki-lelaka yang ada disekeliling anda




baik, gambar-gambar dibawah ini menunjukkan kesilapan-kesilapan dalam ektika berpakaian...

Pertama

socks putih dipadukan dengan kasut kulit hitam "dressing shoes"
kalau korang perasan, ini merupakan fashion zaman 90-an. jika anda sering melakukannya, anda silap.
sebetulnya...
Dress shoes (dark shoes like hitam, biru, kelabu, or khaki) dipadukan dengan dress socks(wool or cotton socks)
White socks hanya sesuai untuk kasut sukan....bole??

Kedua

kesilapan ini selalu dilakukan oleh debater iaitu jahil dalam membutangkan blazer. (ayat kejam, harap maaf)
sebenarnya...
double-breasted jackets should nearly always be buttoned.
kalau blazer tersebut memiliki 2 butang, butangkan button yang diatas sahaja.
kalau blazer yang dipakai ada 3 butang padanya, anda ada dua pilihan, samada untuk butangkan top 2 button, atau butangkan hanya butang ditengah. terpulang kepada anda
And no matter what kind of blazer you're wearing, always unbutton it when you sit down!!!!


Ketiga

poket penuh...??!!
sebenarnya poket yang terdapat pada jeans anda adalah untuk meletakkan tangan, duit syiling(yang tak banyak), paling tebal pun hanya untuk slim wallet. dan bukan seperti gambar diatas yang sering dibuat hampir semua orang baik lelaki mahupun perempuan. betul??
haha...ya, saya juga termasuk.
jadi kalau bukan dipoket? nak letak kat mana? haha
jawab nya beli lah beg...bole??


Keempat

over-sized clothes



Kelima

mismatch suit and shoes
sebetulnya???
sila ikut pesanan ringkas dibawah
sut hitam dengan kasut hitam
sut kelabu dengan kasut hitam or brown
sut brown dengan brown shoes
navy suit dengan black or brown shoes





Keenam

penggunaan kasut sukan untuk aktiviti bukan bersukan. ini kesilapan yang lazim kita lihat. betul?
laksana memakai pakaian renang dalam menghadiri rumah terbuka perdana menteri....haha
aku hanya ada satu kasut. kasut itulah untuk gerak gi jalan2 kat midvalley, kasut itu jugak lah menemani aku untuk ke kuliah, dan kasut itulah aku gunakan untuk jogging.hahaha kalau kasut itu hilang, terpaksalah selipar menjadi subtitute.
erm...eniway tidaklah banyak sangat dosa menggunakan kasut aku tersebut, kerana kasut tersebut tampak sesuai dalam mana2 aktiviti. dan beliau berwarna khaki.


Ketujuh

aku baru tahu tentang ini. adalah kurang sesuai sebenarnya membeli pakaian yang nama brand baju tersebut terpamang besar dibaju anda, atau dengan kata lain, brand baju tersebut menjadi corak yang mewarnai baju anda. kenapa?... kerana ia membuatkan anda menjadi "walking advertisement"!!!
sila elakkan






seketika aku rasakan bahawa fashion ini tidak penting, yang penting kita berpakaian mengikut syarak yang telah ditetapkan dalam ajaran agama kita, Islam. betul bukan.? Namun, kalau tidak mengetahui cara yang sebetulnya dalam berpakaian, sesekali membuatkan kita rasa seperti orang bodoh. Sebagai contoh dalam ektika membutangkan blazer. kalau orang tertentu mambutangkan blazer dengan salah, tidaklah terus meletakkan individu tersebut kedalam kategori bodoh, tapi kesilapan sekecil ini boleh menjatuh ranapkan profesionalisma serta karisma indivitu tersebut. Maka, adalah menjadi harapan agar entri perkongsian kali ini mampu membetulkan kita semua.









terima kasih....

2 comments:

Feragamo Dolce said...

hahaha...

should i be credited for the line 'walking advert'??

well done good one!!

kumbang hitam said...

credited?why not...
thank u so much.. ya my BM can never better than yours..